CABARAN DAN PENGADAPTASIAN WARGA EMAS DALAM PERSEKITARAN JARINGAN DIGITAL

MUHAMMAD ZAIAMRI ZAINAL ABIDIN, AMIRA SARIYATI FIRDAUS

Abstract


Kajian ini ingin memahami cabaran, peluang serta isu yang dihadapi oleh warga emas dalam persekitaran jaringan komunikasi digital masa kini.  Melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta bersama warga emas di kawasan Lembah Klang, pengkaji meneroka pandangan dan pengalaman warga emas di kawasan bandar dalam mengharungi persekitaran sosial yang kini sarat dengan teknologi digital. Dapatan kajian merungkai limitasi dan halangan penggunaan teknologi serta ransangan pengadaptasian terhadap teknologi digital bagi tujuan media dan komunikasi. Kurangnya aktiviti pencarian informasi, ketidakperluan fungsi serta ketidakpercayaan dan kekeliruan persepsi merupakan antara isu yang membawa kepada berlakunya penglimitasian dan halangan penggunaan. Manakala, bagi galakan individu dan persekitaran, motivasi dan inisiatif diri serta kekerapan keterdedahan teknologi antara aspek yang memberi ransangan kepada warga emas supaya berusaha menyesuaikan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528