PERSEPSI AMALAN PERHUBUNGAN RAYA KERAJAAN DARI PANDANGAN PENGGUNA – KAJIAN KES DI SABAH

MOHD HAMDAN BIN HAJI ADNAN

Abstract


Tinjaun ini mengkaji pandangan masyarakat di Sabah terhadap amalan perhubungan awam  yang dipraktis oleh kerajaan di Malaysia amnya dan khususnya di Sabah. Turut dikaji ialah macam mana  pengalaman responden  dengan pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan telah mempengaruhi persepsi mereka terhadap imej negara dan amalan perhubungan awam kerajaan (PAK). Iaitu, dari segi pentadbiran atau pengurusan negara, dasar, projek serta pelaksanaannya. Juga, dikaji ialah bagaimana pengalaman rakyat berurus dengan agensi-agensi kerajaan telah membentuk persepsi mereka terhadap kredibilitinya. Kaedah penyelidikan ialah tinjauan pendapat di mana para responden adalah  dipilih secara rawak bagi menentukan mereka mampu mewakili penduduk Sabah.  Seramai 600 responden telah dipilih yang bermastautin dan berkerja di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar. Mereka telah ditemuduga secara bersemuka dengan menggunakan borang soalselidik yang telah disediakan. Soalan-soalan yang digubah adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada matlamat-matlamat yang telah ditetapkan. Tinjauan awalan dibuat bagi menentukan kejelasan soalan serta ketepatannya. Penemuan telah dianalisis menggunakan SPSS dan ditafsirkan mengikut keperluan matlamat kajian.  Tinjauan ini mendapati bahawa responden yang banyak atau pernah berurusan dengan agensi kerajaan lazimnya memiliki pandangan yang lebih positif terhadap kerajaan. Bagaimanapun, resminya penemuan menunjukkan bahawa responden di Sabah menilai bahawa amalan PAK di Malaysia adalah di tahap sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan demi masa depan cermelang negara.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528