HUBUNGAN DI ANTARA STRATEGI MESEJ OLEH AGEN PEMBANGUNAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DENGAN PENYERTAAN DALAM LATIHAN DAN ADOPSI INOVASI

NAN ZAKIAH MEGAT IBRAHIM, CHE SU MUSTAFFA

Abstract


Penyertaan masyarakat dalam sesuatu program pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan merupakan elemen utama yang menyumbang kepada penerimaan idea inovasi yang dibawa. Dalam memastikan masyarakat menerima idea inovasi yang dibawa dalam kehidupan mereka, faktor strategi dalam menyampaikan maklumat perlu diberikan perhatian umumnya oleh agen pembangunan yang dilantik oleh pihak kerajaan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk (i) meneliti hubungan di antara strategi mesej dengan penyertaan dalam latihan dan (ii) mengenalpasti hubungan di antara strategi mesej dengan adopsi inovasi dalam kalangan peserta latihan. Kajian ini melibatkan seramai 373 orang responden yang terdiri daripada peserta latihan anjuran MARA di Terengganu, dan memfokuskan kepada program latihan keusahawanan yang berasaskan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) berasaskan kepada penggunaan laman web. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif melalui pengedaran soalselidik kepada responden yang terlibat. Kajian ini dijalankan di MARA Terengganu. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej dengan penyertaan dalam latihan yang dianjurkan oleh pihak MARA. Selain itu dapatan turut menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej dengan adopsi inovasi.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528