Penggunaan Emas dan Perak dalam Menentukan Nilai Pampasan Diyat: Suatu Analisis ke Atas Nilaian Pertukaran Mata Wang Semasa

Muhammad Hilmi Musa

Abstract


Diyat adalah satu bentuk hukuman yang mewajibkan tertuduh yang disabitkan atau keluarganya membayar pampasan dalam bentuk wang kepada mangsa. Secara amnya hukuman ini diperuntukkan bagi jenayah yang dilakukan ke atas nyawa dan tubuh badan iaitu jenayah membunuh dan mencederakan. Diyat merupakan satu bentuk hukuman yang
dinyatakan dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tersebut di Malaysia boleh menjadi sukar sekiranya unta dijadikan sebagai asas pembayaran. Kekangan dari aspek untuk mendapatkan jumlah unta dengan umur yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak menjadi halangan perundangan di Malaysia berbanding negara-negara Timur Tengah. Bagaimanapun, kaedah alternatif boleh diterapkan dalam perundangan syariah untuk
menyelesaikan penetapan kadar diyat ini. Kaedah alternatif yang boleh dicadangkan di sini ialah dengan mengguna pakai nilaian emas dan perak sebagai penentu kepada kadar pampasan diyat yang dikenakan ke atas tertuduh yang disabitkan. Dalam masa yang sama, realiti kehidupan semasa dan masyarakat juga perlu diambil kira dalam penetapan kadar tersebut. Artikel ini menganalisis nilaian dinar dan dirham berdasarkan harga emas dan perak di pasaran semasa di Malaysia. Hasil penulisan ini mendedahkan hukuman diyat berasaskan prinsip syariah boleh dilaksanakan berasaskan kepada nilai pertukaran mata wang semasa.

Keywords


Diyat; bunuh; mencederakan; nilaian emas dan perak; dinar; dirham; pertukaran mata wang semasa

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.