Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Satu Kajian daripada Perspektif Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957

Gan Chee Keong

Abstract


umat manusia sejak dilahirkan di dunia ini. Kebebasan asasi ini tidak boleh dinafikan berdasarkan warna kulit, etnik, agama, umur, jantina, bahasa, fahaman politik dan status sosial. Ia merupakan asas kepada kewujudan umat manusia. Demikian, kebebasan asasi perlu dipelihara dan dijamin dengan baik di bawah undang-undang. Walau bagaimanapun, kebebasan asasi adalah tidak bermakna kecuali terdapat jaminan untuk memastikan kebebasan asasi tersebut dapat dikuatkuasakan secara berkesan melalui remedi. Setiap Perlembagaan bertulis mempunyai peruntukan yang menyatakan kebebasan asasi dan remedi berperlembagaan, yang mana ini telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Kanada, Amerika, India, Afrika Selatan, Hong Kong, dan kebanyakkan negara-negara lain dalam Komanwel. Di Malaysia, kebebasan asasi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi telah diperuntukkan di bawah undang-undang biasa. Artikel ini bertujuan mengkaji kebebasan asasi dan remedi di Malaysia daripada perspektif sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Kajian sejarah ini adalah penting untuk mengesan kembali sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan, untuk mengkaji sama ada peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) semasa merangka draf Perlembagaan Persekutuan tersebut. Daripada sejarah, sebab-sebab peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi tidak termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957 dapat dikenal pasti.

Keywords


Kebebasan asasi; remedi; penguatkuasaan kebebasan asasi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.