Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think (Knowledge, Readiness and Attitude of Malay Language Primary School Teachers to Implementing i-Think Map in Teaching and Learning)

FADILLA ANAK LAYANG, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan, kesediaan dan sikap guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 108 orang guru Bahasa Melayu di 44 buah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Packages for the Social Sciences versi 23.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan kekerapan, peratusan,  min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar di pedalaman ini mempunyai pengetahuan yang baik tentang peta pemikiran i-think, bersedia untuk menggunakan peta pemikiran i-think dan mempunyai sikap yang positif dalam menggunakan peta pemikiran i-think sebagai alat bantu mengajar mereka.  Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu sekolah rendah pedalaman ini mengetahui kepentingan penggunaan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Peta pemikiran, pengetahuan, kesediaan, sikap, guru bahasa Melayu, sekolah rendah

 

The purpose of this study was to identify the degree of knowledge, attitude dan level of readiness of Malay Language primary school teachers in implementing i-think map. This study was carried out using survey design using questionnaire as a research instrument. The respondents of the study consisted of 108 school teachers in 44 primary schools in Kapit district, Sarawak. The data were analysed using The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS Window version 23.0) to analyse all the data that has been collected. Descriptive and inference methods are used and all the findings analyzed will be presented in the form of tables showing mean score and standard deviation. The findings show that the level of teacher knowledge on i-think implementation is at a high level. The primary school language teachers in this interior have good knowledge of i-think thinking maps, ready to use i-think thinking maps and have a positive attitude in using i-think thinking maps as their teaching aids. The implication of this study is that the Malay Language teachers will enhance their knowledge, readiness and attitude about the use of i-think in the teaching of Malay Language as well as enhance the level of skills and the use of i-think among Malay Language teachers.

Keywords: i-think map, knowledge, readiness, attitude, Malay Language teachers, primary schools


Keywords


Peta pemikiran, pengetahuan, kesediaan, sikap, guru bahasa Melayu, sekolah rendah

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823