Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan

NORLIA ABD. AZIZ

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada 350 orang pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran, iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran, gaya dorongan, telah diubah suai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS. Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang tinggi berbanding motivasi luaran serta mengamalkan gaya permukaan dan gaya mendalam berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Hasil analisis inferensi mendapati pencapaian Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mendalam, gigih usaha dan terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Tidak terdapat perbezaan signifikan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal. Implikasi kajian ini ialah faktor motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823