ANALISIS PERUNTUKAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

NAZRI MUSLIM, JAMSARI ALIAS, WAN ZULKIFLI WAN HASSAN, AZIZI UMAR, NASRUDDIN YUNOS

Abstract


Perbincangan artikel ini menjurus kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihan raya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melihat kepada dokumen yang berkaitan dengan perlembagaan. Analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5)(f), Perkara 89 dan 90 dan Jadual Ketiga belas tentang persempadanan kawasan pilihan raya. Hal ini menunjukkan kedudukan orang Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding etnik lain di Malaysia.

Kata Kunci: Melayu; Perlembagaan Persekutuan; Perkara 153; Tanah Rizab Melayu; etnik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.