ASIMILASI BERMACAM JENIS KATA MELAYU PEMILIKAN ETNIK DUSUN DI SABAH ASSIMILATION OF VARIOUS MALAY WORDS OWNED BY DUSUN ETHNIC IN SABAH

NOOR AINA DANI, SAADAH BINTI HJ. JAFFAR, ZURAINI BTE SERUJI, REDUAN BIN ABANG AMIR

Abstract


Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah membolehkan bahasa sukuan ini terus hidup dan digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah oleh generasi tua dan muda. Pemilikan leksikal bahasa Melayu yang pada mulanya asing bagi bahasa Dusun, selepas beberapa lama, akhirnya terserap ke dalam kosa kata bahasa Dusun sehinggakan kata Melayu tersebut hilang bunyi aslinya. Hal ini menampakkan kecenderungan penutur etnik Dusun memilih dan memasukkan ke dalam bahasa Dusun pilihan leksikal bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Dusun. Kata- kata Melayu yang sedemikian rupa hidup subur dalam bahasa Dusun dan digunakan dalam pertuturan harian. Selain itu, terdapat kata- kata Melayu yang mengalami perubahan bunyi fonem kerana proses penggantian, pengguguran dan penambahan. Ciri akustik bahasa Melayu dan bahasa Dusun juga terdapat dalam sebutan. Fosilisasi,iaitu nafan, pemudahan dan generalisasi melampau sama melengkapi kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah.

Kata Kunci: asimilasi kata Melayu, etnik Dusun, bahasa Sukuan, perubahan bunyi fonem, fosilisasi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.