BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI YUNNAN MINZU DI UKM DAN USM

FIKRI GHAFAR, SA’ADIAH MA’ALIP

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan tahap penguasaan bahasa Melayu aspek morfologi terhadap pelajar dari Universiti Yunnan Minzu, China yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu pada sesi pengajian 2019/2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada hanya 16 orang pelajar lelaki dan perempuan yang mengikuti pengajian di Malaysia pada sesi pengajian tersebut. Namun begitu, subjek kajian daripada UKM dan USM ini dapat menyumbang data kajian yang dilakukan kerana kesemuanya memberikan komitmen yang tinggi dalam kajian ini. Subjek kajian ini telah diberikan ujian morfologi bahasa Melayu yang mana bertujuan untuk menilai dan menganalisis beberapa kesilapan yang boleh dikenalpasti. Data-data untuk kajian ini telah diperoleh daripada hasil ujian morfologi serta hasil soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Penganalisisan yang telah dibuat di dalam ujian itu adalah melalui penelitian golongan kata, konsep kata dan pembentukan kata yang mana merupakan ilmu asas dalam bidang morfologi. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperoleh, pengkaji telah memapar, membincang, menganalisis dan mentafsir data-data kajian tersebut. Selain itu, statistik telah menunjukkan tahap penguasaan bahasa Melayu mereka mencapai pada tahap yang memuaskan sahaja. Hasil kajian juga menunjukkan beberapa pelajar telah berjaya untuk menguasai ketiga-tiga bahagian yang diuji berbanding mejoriti daripada subjek kajian ini yang hanya pada tahap memuaskan sahaja. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini memberi impak positif terhadap subjek kajian khususnya. Selain itu kajian ini juga penting untuk membantu pihak Universiti Yunnan Minzu, China meningkatkan penguasaan bahasa Melayu, khususnya aspek morfologi ini kepada para pelajar mereka.

Kata kunci: Analisis kesalahan; bahasa Melayu; morfologi; penguasaan bahasa; Universiti Yunnan Minzu


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.