AKAL BUDI MELAYU DALAM MANTERA: ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF

HAWA MAHFUZAH RUSIDIN, ZULKIFLEY BIN HAMID

Abstract


Metafora merupakan satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat di alam nyata kerana ia memerlukan penelitian dalam proses pemahaman melalui pemikiran dan pengalaman hidup seseorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis metafora konsepsi, menganalisis akal budi Melayu dan memetakan gambaran skema imej yang terdapat dalam mantera yang dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan semantik kognitif yang melibatkan dua daripada lima jenis Idealized Cognitive Models (ICM), iaitu metafora konsepsi dan skema imej yang telah diperkenalkan oleh Lakoff. Perbincangan dilanjutkan dengan menganalisis akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam data mantera yang dikaji berdasarkan metafora konsepsi yang dikenal pasti. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, hasil kajian mendapati tiga jenis metafora konsepsi sememangnya wujud dalam mantera Melayu yang terkandung dalam buku Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu. Metafora konsepsi struktural mencatatkan bilangan paling tinggi kerana bahasa yang terdapat di dalam mantera tersebut kebanyakannya mempunyai item-item yang berstruktur dan sejajar dengan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh seseorang. Pemikiran masyarakat Melayu berdasarkan mantera kebanyakannya memberi perumpamaan kehidupan mereka daripada alam sekeliling. Selain itu, empat jenis skema imej telah dikenal pasti supaya pemetaan gambaran abstrak atau konkrit sesuatu emosi atau perasaan mahupun perbuatan yang terdapat dalam mantera Melayu itu dapat difahami dengan lebih jelas.

Kata kunci: akal budi; mantera; metafora konsepsi; semantik kognitif; skema imej


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.