AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 (AKTA 645): PENILAIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASA

MOHD YUSZAIDI MOHD YUSOFF, MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Abstract


Kajian ini membincangkan mengenai impak undang-undang terhadap warisan di Malaysia. Warisan yang dimiliki perlu diberikan perlindungan sewajarnya supaya dapat dinikmati generasi seterusnya. Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) untuk memberi perlindungan yang wajar dan komprehensif kepada warisan negara. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti keberkesanan Akta Warisan Kebangsaan dalam memberi perlindungan terhadap warisan negara. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu pemerhatian dan kajian perpustakaan dalam usaha mengumpul bahan-bahan kajian. Keperluan suatu bentuk perlindungan dari segi undang-undang diinterpretasikan melalui Akta Warisan Kebangsaan. Penemuan kajian ini mendapati penggubalan Akta Warisan Kebangsaan berkemampuan memberi perlindungan melalui peruntukan undang-undang yang termaktub di dalamnya. Justeru itu, kajian ini dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam usaha memberi perlindungan kepada warisan negara.

Kata kunci: Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645); impak; perlindungan; undang-undang; dan warisan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.