PENDIDIKAN JUVANA DI JABATAN PENJARA MALAYSIA: DASAR, HALA TUJU, PELAKSANAAN DAN CABARAN (Juvenil Educations in Jabatan Penjara Malaysia: Policy, Direction, Implimentation and Challanges)

Darussalam Budin

Abstract


ABSTRAK

Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebahagian daripada Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia. Misi jabatan antaranya ialah menyediakan program pemulihan berkesan. Pemulihan untuk juvana ialah pendidikan melalui sistem persekolahan. Terdapat dua jenis sekolah iaitu Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Sekolah di institusi penjara  telah  diwujudkan  namun  ianya  kurang  diketahui  umum.  Bahkan  ada  di kalangan pegawai dari agensi yang melaksanakan Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Persekolahan kurang mengenalinya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang sukar dielakkan. Sekolah ini berada dalam kawasan larangan. Kebanyakan sekolah berada  dalam  kawasan  penjara  dan  sukar  untuk  dilawati. Aktiviti  sekolah selalunya diadakan lebih bersifat dalaman. Sekolah menempatkan ‘murid pendidikan khas’ yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi atau pagar berduri. Perkara ini perlulah diatasi supaya peradaban sekolah mendapat perhatian. Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada juvana ke institusi penjara yang mempunyai sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menghantar Pegawai Pendidikan secukupnya pada setiap masa. Pegawai Pendidikan yang di bekalkan mengetahui dengan jelas fungsi sekolah ini. Ibu bapa berasa yakin anak mereka mendapat peluang untuk bersekolah dengan baik. Oleh itu, tujuan kertas ini ditulis adalah untuk berkongsi maklumat mengenai peradaban persekolahan di penjara. Kertas ini akan menjelaskan sejarah penubuhan sekolah, dasar, objektif dan hala tuju. Ianya juga menjelaskan cabaran dihadapi yang berbeza dengan sekolah harian biasa. Penulisan kertas ini dihasilkan berdasarkan kertas dasar berkaitan pendidikan dan data yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah. Pandangan dan pendapat dari Pegawai Pendidikan yang bertugas di sekolah. Penulisan ini juga hasil pemerhatian dan penelitian penulis sebagai salah seorang pegawai yang terlibat secara langsung dalam merancang, membangunkan dan menyelia sekolah tersebut. Hasil dari penulisan ini akan membolehkan sekolah dapat berfungsi dengan baik. Juvana yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah akan ditempatkan di sekolah yang bersesuaian. Pegawai Pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya untuk menggalas tanggungjawab. Pegawai Pendidikan yang bertugas dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan. Juvana yang di tempat boleh menggunakan sepenuhnya peluang yang telah diberikan. Ibu bapa berasa yakin anak mereka dapat membina masa hadapan yang bermakna. Perkara yang terakhir iaitu sistem persekolahan di institusi penjara akan membantu mengatasi masalah sosial negara.

ABSTRACT

Prison Department of Malaysia is part of the Criminal Justice System in Malaysia. Among the department’s mission is to provide effective rehabilitation program . Rehabilitation for juveniles is education through the school system. There are two types of schools, namely  Integrity School  and  Henry  Gurney  School.  Schools  in  the  prisons  was created, but it is less well known. There is even among officials from agencies implementing the Criminal Justice System and the School System do not recognize it. This may be caused by several things are unavoidable. The school is located in a protected area. Most schools are in the prison and hard to reach. School activities are often held more internal. Schools put’ special education students’ surrounded by high walls or barbed wire. This matter should be addressed so as to get the attention toward the school’s development. Court sentenced to juvenile prison institutions have school. Ministry of Education sent adequate education officer at all times. Education Officer in the supply and it is clear this school function. Parents feel confident that their child has a good chance to go to school with. So the purpose of this paper is to share written information about the school culture in prison. This paper will explain the history of the school, policies, objectives and direction. It also explains the different challenges faced by the ordinary school. Writing this paper is developed based on a policy paper on education and data obtained from the Offender Management Information System. The views and opinions of the Education Officer who served in school. Writing is also the result of observation and writer as one of the officials directly involved in planning, developing and supervising the school. The results of this paper will allow the school to function properly. Juvenile sentenced by the court to be placed in the appropriate school. Education Officer provided by the Ministry of Education is able to undertake the responsibility. Education Officer on duty to implement effective teaching process. Juvenile place can make full use of the opportunity given. Parents feel confident that their child can build a meaningful future. The last thing the school system in the prisons will help overcome the social problems of the country.

 

 


Full Text:

PDF

References


Akta Kanak-Kanak 2011 (Akta 611) :Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. Putrajaya Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Alimuddin Mohd Dom. 2012. Pendidikan Di Sebalik Tirai Besi. Utusan On line (30 Januari 2012.) http://www.utusan.com.my/utusan/info. asp?y=2012&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm.

http://www.unesco.org/new/en/education/themes/leading-the-international-agenda/ efareport/the-report-and-efa/.

Jabatan Penjara Malaysia. 2009. Pekeliling Sektor Pendidikan Jabatan Penjara Malaysia: Dasar, Objektif dan Hala tuju Pendidikan di Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan Penjara Malaysia. 2010. Sinar Keinsafan. Kajang: Penerbitan Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan Penjara Malaysia. 2013. Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah: Statistik Tahap Pendidikan Penghuni. Kajang. JPM.

Jabatan Penjara Malaysia. 2013. Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah: Keputusan Peperiksaan Sekolah Penjara Tahun Tahun 2011 dan 2012. Kajang. JPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Ed. ke-3. Shah Alam: Giga Wise Network.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Sosiohumanika 4(1) : 33-47.

Mok Song Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia Ed. ke-7. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhyiddin Yassin. 2013. Malaysia to Help Unesco Members Achieve EFA Agenda. NST. 6 November 2013.http://www.nst.com.my/latest/malaysia-to-help-unesco- members-achieve- efa-agenda-dpm-1.393790.

Muzium Penjara. 2014. Jabatan Penjara Malaysia, Sejarah Penubuhan Sekolah Henry Gurney. Melaka: Penerbitan Muzium Penjara Malaysia.

Peraturan Sekolah Henry Gurney. 1949 (L.N. 616 of 1949) Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Peraturan-Peraturan Penjara. 2000. Akta Penjara 1995: Warta Kerajaan. Jil 44(18): Nombor Makluman 2382.

UNESCO. 2000. World Education Forum. Education for All: Global Monitoring Report. Dakar Senegal.

UNSMR. 1977. Standard Minimum Rules For The Treatment Of Prisoners. http:// www.unodc.org/pdf/criminal_justice/UN_Standard_Minimum_Rules_for_the_ Treatment_of_Prisoners.pdf.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari