PELA GANDONG SEBAGAI PEMANGKIN TOLERANSI ANTARA MUSLIM DAN KRISTIAN DI AMBON (Pela Gandong as the Enhancer of Tolerance among Muslims and Christians in Ambon)

Mualim Mualim, Jaffary Awang, Ibrahim Abu Bakar

Abstract


ABSTRAK

Konsep toleransi telah wujud dalam doktrin agama Islam dan Kristian. Walau bagaimanapun, pengamalan sikap toleransi di kalangan masyarakat Muslim dan Kristian merupakan satu cabaran dan perlukan komitmen yang tinggi. Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi hubungan Muslim-Kristian. Fenomena ini berlaku di Ambon, sebuah bandar yang terletak di bahagian timur Indonesia, yang mempunyai komposisi penduduk Muslim dan Kristian pada kadar jumlah yang hampir sama. Dalam tempoh masa yang lama, masyarakat Ambon menjalani kehidupan dengan mesra, harmoni dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Sikap toleransi masyarakat Ambon, bukan hanya berasaskan kepada pengamalan ajaran agama, tetapi diperkuatkan dengan adat yang dikenali sebagai pela gandong (secara bahasa bermakna kesatuan persahabatan – union brotherhood). Berasaskan kepada pela gandong, penduduk Ambon akan saling bertoleransi, bekerjasama dan melindungi antara satu dengan yang lain walaupun berbeza agama namun hubungan mereka erat seumpama saudara. Dengan demikian, Ambon kerapkali dijadikan sebagai contoh toleransi antara agama di Indonesia. Akan tetapi konflik yang berlaku antara penduduk Muslim dan Kristian di Ambon pada tahun 1999 menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan pengamat sosial berhubung dengan kesan pela gandong. Keharmonian antara kedua-dua penganut agama bertukar menjadi peperangan, pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat ibadah, serta kemudahan awam lainnya.

ABSTRACT

The concept of tolerance exists in the doctrines of Islam and Christianity. However the application of tolerance attitudes among Muslim and Christian communities is a challenge and needs higher commitment. This is due to many factors influencing the Muslim and Christian relationship. This phenomenon has occurred in Ambon, the city located in the eastern part of Indonesia, occupied by Muslims and Christians whose composition is almost equal in their numbers. Within a long period, the peoples of Ambon had practiced tolerance and lived harmoniously and agreeably. Their tolerance was not solely based on the religious teachings but enhanced by the tradition known as Pela Gandong, linguistically means union of brotherhood. Based on Pela Gandong, the peoples of Ambon had been tolerant, cooperative and protective among them although they were religiously different but their relationship as if they were brothers. Consequently Ambon had always been regarded as a good example of the religious tolerance in Indonesia. However the conflict took place between Muslims and Christians in Ambo in 1999 and many questions propped up among the social observers in connection with Pela Gandong. The harmony between these two adherents of religions turned into wars, killings and burnings of the worshipping places and public facilities.


Full Text:

PDF

References


Attamimy, H.M. 2012. Djoko Santosa merajut harmoni di bumi Raja-Raja. Yogyakarta: Aynat Publishing.

Bartels, 1977. Guarding the incvisible mountain; intervillage alliances, religious syncretism and ethnic identity among Ambonese Christian and Moslem in the Mullucas. Phd Thesis Cornell University Ithaca.

Basalamah, Hadi. 2006. Pemikiran tentang interaksi sosial salam-sarane dalam membangun kerukunan antaraumat beragama pascakonflik di kota Ambon. Disertasi Sarjana. Program Pasca Sarjana, Universitas Islam Negeri (IAIN) Alauddin Makasar.

Bertrand, Jacques. 2002. Legacies of The Autoritarian Past: Religious Violence in Indonesia's Moluccan Island. T.TP: University of Columbia Pasific Affairs.

Chaidar, AL. 1999. Islam di Ambon: Ekspresi Ketakutan Kaum Nasrani. Jakarta: Darul Falah.

Cooley, F.L. 1973. Persentuhan budaya di Maluku Tengah 1475-1675. Dalam. Paramita R Abdurrahman, et.al. Bunga Rampai Sejarah Maluku 1. Jakarta: Pusat Dokumentasi Ilmiah Nasional – LIPI.

Hasyim, Umar. 1979. Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Dasar Menuju Dialog Kerukunan antar Agama. Surabaya: PT Bina Ilmu.

Hawkins, J. M. 2008. Kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar ed. ke-4. Shah Alam: Oxford Fajar.

Huliselan, Mus. 2012.Mengenali kembali budaya “rukun” orang Maluku.Dlm. Karel Albert Ralahalu. Berlayar Dalam Ombak Berkarya bagi Negeri Pemikiran Anak Negeri untuk Maluku. Ambon: Ralahalu Institut.

Jaffary Awang. 2003. Toleransi agama dan perpaduan kaum: Respon intelek Malaysia. Dlm. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar, Muda @ Ismail Ab. Rahman (pnyt.), Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia, hlm. 76-92. Kuala Lumpur: Malindo Printers Sdn.Bhd.

Jaiz, Hartono Ahmad. 1999. Ambon Bersimbah Darah. Jakarta: Dea Press.

Kastor, Rostam. 2000. Konspirasi Politik RMS dan Kristen Menghancurkan Umat Islam di Ambon-Maluku. Yogyakarta: Wihdah Press.

Kamus Dewan. 2002. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khareng, Mutsalim. 2011. Interaksi antara Islam dan Budha di Patani dan Impaknya terhadap Pembentukan Sikap Toleransi Beragama. Thesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mortimer, E. 1999. Christianity and Islam, Dlm. International Affairs 67(1) Jan.

Piers, J. 2004. Tragedi Maluku Sebuah Krisis Peradaban. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Shihab, Alwi. 1999. Monumen kerukunan agama yang hancur. Republika, 7 May.

Stevens, K. L. 2006. Hubungan antara Orang Kristen dan Islam di Indonesia, Studi Kasus: Universitas Muhammadiyah Malang. Malang: Uiversitas Muhammadiyah Malang.

Waardenburg, J. 2000. Muslim and Christian: changing identities, Dlm. Islam & Christian Muslim Relations. vol. 11, Julai.

Widiyanto, T. S. & Gurning, T. E. 1997. Pengetahuan, Sikap, Kepercayaan dan Perilaku Generasi Muda di Ambon. Jakarta: CV Eka Dharma.

Yusnar, Yusuf. 2004. Prasangka Beragama: Implikasi konflik sosial di Ambon atas Relasi Keberagamaan di Indonesia. Jakarta: Penamadani.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari