PERANAN NGO ISLAM DALAM MEREALISASIKAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA (The Role of Islamic Non-Government Organizations (NGO) in Realizing the Islam Hadhari Approach in Malaysia)

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah

Abstract


ABSTRAK

Pendekatan Islam Hadhari ialah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu sistem, peraturan dan cara hidup yang progresif, maju, dinamik dan bertamadun tinggi yang bertujuan melahirkan umat manusia yang berilmu dan berbudaya tinggi berasaskan nilai-nilai akhlak mulia serta dapat mengharungi cabaran semasa. Usaha pelaksanaan gagasan pendekatan Islam Hadhari wajar digembleng bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi menjayakan misi Islam Hadhari di Malaysia. Justeru itu, beberapa NGO Islam yang telah dikenal pasti berperanan dalam merealisasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Antaranya ialah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (NUIM). Kajian ini mendapati setiap NGO Islam tersebut telah melaksanakan pendekatan Islam Hadhari melalui program yang dilaksanakan mengikut tumpuan bidang yang berbeza. Sehubungan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan yang ditekankan oleh NGO Islam ialah sebagai pasukan sukarelawan dalam amal Islami dengan menghidupkan peradaban manusia dan semangat camal jamāciyy untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan dinamik dalam mengharungi cabaran dan pelaksanaan wawasan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia.

ABSTRACT

The Islam Hadhari approach is a holistic human, societal and Malaysian development approach based on the perspective of the Islamic civilization. It can also be defined as a system, rule and lifestyle that are progressive, dynamic and civilized, with the goal of producing knowledgeable and educated people guided by noble, moral values to overcome challenges. Efforts to implement the approach in Malaysia should therefore be a collaborative effort with non-government organizations (NGOs) to accomplish the mission of Islam Hadhari. Consequently, a few Islamic NGOs who play a role in realizing Islam Hadhari in Malaysia were selected as research samples for this study. Among them are the Malaysian Islamic Charity Council (Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)), the Malaysian Consultative Council of Muslim Women (Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM)) and the Malaysian Nadwah of Ulama and Scholars (Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (NUIM)). The study found that each Islamic NGOs had implemented the Islam Hadhari approach via a program conducted according to their fields. It can be concluded that the roles Islamic NGOs should be a team of volunteers in Islamic charity; to revive the human civilization and the spirit of camal jamāciyyin in order to form a cohesive and dynamic society that can overcome the modern challenges and implement the vision of Islam Hadhari in Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Adawiyyah Hj. Ismail, Salasiah Hanin Hamjah. 2009. Peranan MPWIM ke Arah Mempergiatkan Aktiviti Dakwah dalam Buletin Suaranita. bil. 62.

Ahmad Sarji (pynt.). 2008. Amalan Pendekatan Islam Hadhari. Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Hamdan Adnan. 2008. Perkembangan Perhubungan Awam Kerajaan Dan Politik Malaysia. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Mohd Kamal Hassan. Prosiding Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan 2006. YADIM 2004 -2007. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: YADIM.

Pejabat YADIM Zon Timur. 2007. Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari. Kuala Lumpur: YADIM.

Shinichi, Kasian & Apichart. 2004. The NGO Way: Perspectives and Experiences From Thailand. Japan: Chiba.

Muhammad al-Ghazaliyy. 1988. Dustur al-Wehdah al-Thaqāfiyyah Bayn al-Muslimin. t.tp: Dar al-wafa’ al-Mansurah.

Ahmad Nidzamuddin, Wan Idros, Mohd Mahadi (pnsy.). 2009. Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sūrah. t.th. Al-Jāmi’ al-sahih, sunan al-Tirmizi 209h-297h. Beirut: Dar Ihyā’ al-Turath.

http://askensinaga.wordpress.com/2008/06/02/ngo (2010 Ogos 25).

http:// Wikipedia.org/wiki/Pertubuhan-Persidangan-Islam (2010 Oktober).

http:// Encyclopedia of social work (2010).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari