The Use of Novel in Learning and Teaching Arabic Language to Non-Native Speakers: Problems and Strategies

Nursafira Lubis Safian, Nur Farhana Mohamad Zainol, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Mohammad Ahmad Al-Qudah

Abstract


Arabic novels are one of the resources that can be utilised in the process of teaching and learning the Arabic language. However, they are rarely featured as teaching aids to improve the proficiency of non-native students, except those who choose to specialise in the study of Arabic literature. Hence, this article presents a study on the challenges faced by non-Arab students in using novels to learn Arabic. The study also identified the strategies employed by students when using novels in learning Arabic. This is a qualitative study involving interviews with ten (10) students who were studying Arabic Prose Texts at the International Islamic University of Malaysia (IIUM). The data were subjected to thematic analysis, and the study’s findings indicated that the integration of Arabic novels was hindered by several factors: insufficient motivation, limited interest, lack of exposure to Arabic literature, and the advanced level of language employed in the novels. However, the implementation of various strategies successfully heightened students’ awareness of the significance and benefits of Arabic novels in learning the Arabic language. Some students utilised dictionaries, read bilingual novels (English-Arabic), participated in group discussions, and sought guidance from teachers and Arabic-speaking peers. The article subsequently suggested various methodologies to improve the incorporation of novels in the Arabic language. A variety of strategies can be employed to integrate literature and linguistics, thereby making the learning of Arabic more student-focused and effective through an innovative pedagogical approach.


Keywords: Arabic language learning; novels; literature; learners’ problems; learners’ strategies


ABSTRAK


Novel Arab merupakan antara sumber yang boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Arab. Namun, novel jarang diketengahkan sebagai bahan pengajaran untuk meningkatkan kecekapan pelajar bukan penutur asli kecuali yang memilih pengkhususan kesusasteraan Arab. Justeru, artikel ini membentangkan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar bukan Arab dalam penggunaan novel untuk pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini turut mengenal pasti strategi yang digunakan oleh para pelajar semasa menggunakan novel dalam proses pembelajaran Bahasa Arab. Kajian kualitatif ini melibatkan temubual ke atas sepuluh (10) orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Teks Prosa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data yang diperoleh telah dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati bahawa penggunaan novel Arab tidak menggalakkan disebabkan oleh kekurangan dari sudut motivasi, minat dan pendedahan terhadap novel Arab dalam kalangan pelajar serta ditambah pula dengan ketinggian tahap bahasa dalam novel yang membataskan keupayaan pelajar. Bagaimanapun, kepelbagaian strategi yang diamalkan berjaya merangsang kesedaran pelajar tentang kepentingan dan kelebihan novel Arab dalam pembelajaran Bahasa Arab. Antara strategi yang digunakan adalah dengan merujuk kamus, membaca novel dwibahasa (Inggeris – Arab), melaksanakan perbincangan berkumpulan dan merujuk kepada guru dan pelajar berbangsa Arab. Artikel ini mencadangkan beberapa pendekatan bagi meningkatkan penggunaan novel dalam pembelajaran Bahasa Arab. Beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk mengintegrasikan kesusasteraan dengan linguistik bagi memastikan pembelajaran Bahasa Arab terarah kepada berpusatkan pelajar dan berkesan melalui pendekatan baru.

Kata kunci: Pembelajaran Bahasa Arab; novel; kesusasteraan; masalah pelajar; strategi pelajar


Keywords


Arabic language learning; novels; literature; learners’ problems; learners’ strategies

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia