Faktor Penentu Kejayaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di Malaysia

Nor Mazia Mohamed Khairuddin, Hazura Mohamed, Ruzzakiah Jenal, Muhammad Adib Samsudin

Abstract


 Realiti sistem perundangan syariah yang semakin mencabar dalam persekitaran global masa kini memerlukan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan efisien dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Ilham untuk membangunkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (e-Jinayat) adalah hasil mekanisma yang tidak sistematik dan tidak seragam dalam sistem perundangan jenayah syariah di Malaysia. Pengguna sistem merupakan salah satu elemen utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah sistem. Tanpa pengguna, operasi sistem menjadi lumpuh dan kerajaan mengalami pembaziran kos, tenaga kerja dan masa yang diperuntukkan. Setelah hampir sedekad pelaksanaan e-Jinayat, penggunaan sistem masih kurang mendapat sambutan di peringkat negeri. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap faktor penggunaan sistem tersebut dan sekali gus mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan sistem e-Jinayat. Kajian ini menggunakan adaptasi model Teori Penerimaan dan Penggunaan Teknologi Bersatu (UTAUT) dengan penambahan satu faktor luaran yang merangkumi faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan dan sokongan vendor. Sejumlah 282 data kajian diperolehi hasil soal selidik terdiri daripada penguat kuasa agama dan pendakwa syarii yang merupakan pengguna e-Jinayat. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan responden terhadap e-Jinayat berada di paras sederhana. Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa jangkaan prestasi adalah faktor dominan yang mempengaruhi niat tingkah laku dan diikuti dengan pengaruh sosial dan jangkaan usaha. Hasil keputusan juga menunjukkan hubungan niat penggunaan dan sokongan vendor signifikan terhadap tingkah laku penggunaan manakala keadaan kemudahan sebaliknya. Hasil kajian boleh dijadikan garis panduan dalam mengukur tahap penggunaan sistem sekali gus membantu pembangunan sistem pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia.

 

Factors to Determine Success of Shariah Enforcement and Prosecution System in Malaysia

In reality, the implementation of Shariah law is becoming more challenging in today’s environment and it is crucial to have an efficient and proper system to manage the implementation. The underlying reason for developing the Shariah Enforcement and Prosecution System (e-Jinayat) is to replace the present system of implementation which uses unsystematic mechanism with no uniform procedure applicable to all the states in Malaysia. Users form one of the major elements in determining the success or failure of a system. Without users, the system will be redundant and a waste of resources, namely, operating costs, manpower and time allocated, the loss of which has to be borne by the government. After almost a decade, the utilization of e-Jinayat is still below expectations. The purpose of this study is to identify the level of system usage and to clarify factors that can influence the success of the system. This study uses the adaptation of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) model with the addition of one factor. The factors include performance expectancy, effort expectancy, social influence, facilitating conditions and vendor support. A set of 282 data were obtained from respondents, comprising of enforcement officers and sharie prosecutors, who are also the system users. Results of analysis show that the level of system usage is at moderate level. The outcome of the regression analysis shows that performance expectancy, social influence and effort expectancy are significant to behavioural intention. Results also show that the relationship between vendor support and behavioural intention are significant to user behaviour whereas facilitating conditions are the opposite. Findings of this study can be used as guidelines in measuring the level of system usage towards a more competitive Shariah law implementation in Malaysia.


Keywords


Undang-undang syariah; e-Jinayat; maslahah; pendakwaan; model UTAUT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia