Pemikiran Pembaharuan Surin Pitsuwan Dalam Membangunkan Sosiopolitik Muslim di Thailand

Muhamad Razak Idris, Haziyah Hussin, Farid Mat Zain

Abstract


Surin Pitsuwan (1949-2017) ialah salah seorang tokoh politik Muslim Thai yang dihormati di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Kepemimpinan politik Surin yang cemerlang di Thailand dan di peringkat Asia Tenggara menonjolkan gagasan pemikiran pembaharuan beliau ke arah membina kemajuan umat Islam di pentas global. Surin menggunakan wadah politik dan pendidikan bagi menggembangkan dan melaksanakan idea-idea pembaharuan terutama dalam membangunkan komuniti Muslim Thailand agar dihormati. Kajian ini mendedahkan latar keperibadian Surin, mengentengahkankan idea-idea utama pembaharuan masyarakat dan menilai implikasi dan sumbangan Surin terhadap pembangunan sosio-politik dan ekonomi masyarakat Muslim Thai khususnya dan kepada umat Islam di Asia Tenggara. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara lapangan bersandarkan dokumen, pemerhatian dan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Kajian ini merumuskan idea-idea pembaharuan Surin dalam konteks mengangkat kedudukan umat Islam Thailand tertumpu kepada pembangunan nilai dan dasar kesaksamaan dalam pentadbiran dan kebudayaan. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada tuntutan penerimaan dan penyesuaian secara positif dan harmoni oleh masyarakat Islam semasa terutama di Thailand bagi mendepani cabaran tamadun masa kini serta tuntutan pembinaan institusi pendidikan yang kukuh, terbuka dan bersepadu demi melahirkan generasi Muslim berdaya saing. Ketokohan dan sumbangan Surin dalam pembangunan sosio-politik dan ekonomi umat Islam Thailand besar. Pencapaian keperibadiannnya dalam bidang pendidikan dan karier politik menjadi satu sumber inspirasi kepada generasi muda Muslim di Thailand untuk menjayakan pembangunan diri demi mengangkat kedudukan umat Islam Thailand yang dihormati dalam segenap aspek kehidupan dan kenegaraan di pentasi dunia yang mencabar hari ini.

The Renewal Thought of Surin Pitsuwan in Developing Muslim Sociopolitics in Thailand

Surin Pitsuwan (1949-2017) is a respected Thai Muslim political figure at local, regional and international levels. Surin’s political leadership excellence in Thailand and Southeast Asia highlighted his reformative ideas of building the progress of Muslims society at the global stage. Surin used political and educational platforms to promote and implement his ideas of reform in building a respected Muslim community in Thailand. This study reveals Surin’s biography, elaborates Surin’s major ideas of community reform and examines Surin’s contributions and its implication to socio-political and economic development of the Muslim community in Thailand and Southeast Asia. This study uses document analysis, observation and interviews that are field-based qualitative methods as a means of data collection. The study summarizes the ideas of Surin’s reform in the context of elevating the position of Thailand Muslims focusing on the development of values and equality policies in administration and culture. It also emphasizes the importance of positive and harmonious process of acceptance and change adaptation of the current Islamic societies, especially in Thailand, in facing the challenges of today’s civilization. As well as the demand for building a strong, open and integrated educational institution in order to produce a competitive Muslims. Surin’s contributions in the socio-political and economic development of Muslim community in Thailand are significant and meaningful. Despite the struggle in building a respected Thai Muslim community, his life achievement in education and political career became inspiration for young Thailand Muslims to pursue self-development in all aspects of life in today’s challenging world.


Keywords


Pembaharuan Islam; Asia Tenggara; minoriti Muslim, Surin Pitsuwan, Thailand

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia