Konsep al-Tauhid al-Suhudi dalam tafsir al-Jilani

Shamsul Mohd Nor, Mazlan Ibrahim, Faudzinaim Badruddin

Abstract


Kitab tafsir karangan Shaykh cAbd al-Qadir al-Jilani yang berjudul al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih al-Ghaibiyat al-Muwaddihat lil al-Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah atau Tafsir al-Jilani telah menggunakan kefahaman tauhid dan tasawuf sebagai metodologi asas dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Objektif kajian adalah untuk melihat aplikasi teori Tauhid menurut pandangan ahli tasawuf yang dikenali sebagai al-Tauhid al-Shuhudi dalam kitab tafsir tersebut. Teori al-Tauhid al-Shuhudi ini dibahagikan kepada empat kefahaman kehampiran seseorang menuju alam ketuhanan iaitu pertama, Tauhid al-Afcal, kedua, Tauhid al-Asma, ketiga, Tauhid al-Sifat dan keempat, Tauhid al-Dhat. Al-Tauhid al-Shuhudi ini adalah lebih tinggi dari al-Tauhid al-Istidlali (teori Tauhid yang hanya berpegang pada dalil tanpa pengalaman bertauhid) kerana pada peringkat ini keyakinan secara teori (cIlm al-Yakin) telah bertukar kepada keyakinan secara amali (Mushahadah) iaitu cAin al-Yakin dan Haq al-Yakin. Keyakinan sedemikian telah dibuktikan dengan penglihatan matahati (basirah) dan Mushahadah. Tauhid jenis ini juga disebutkan sebagai gabungan disiplin ilmu tauhid dan tasawuf iaitu mengaplikasikan teori tauhid dalam perjalanan tasawuf yang dijadikan asas dalam kitab Tafsir al-Jilani. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berasaskan kajian kepustakaan . Karya utama al-Jilani telah dianalisa sehingga diperolehi penggunakan al-Tauhid al-Shuhudi sebagai kaedah bagi menjelaskan hubungan tauhid dengan isi al-Quran al-Karim. Hasil kajian ini menjelaskan applikasi al-Tauhid al-Shuhudi dalam pentafsiran ayat-ayat al Qur’an untuk mencari makna yang tersirat yang dihurai secara falsafah Tauhid yang terzahir pada jiwa manusia melalui Ahwal dan Maqamat. Dari hal tersebut, lahirlah kesedaran bertuhan yang menjadi teras dalam kehidupan, asas kewujudan dan kejelasan dalam tujuan penciptaan manusia melalui kefahaman penafsiran al-Qur’an secara Ishari.

The Concept of al-Tawhid al-Shuhudi in Tafsir al-Jilani

The book of tafsir by Shaykh cAbd al- Qadir al-Jilani entitled al-Fawatih al-Ilahiyah wa al-Mafatih al-Ghaibiyah al-Muwaddihat lil Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah or Tafsir al-Jilani uses the understanding of tawhid and tasawuf as the basic methodology in the interpretation of the verses of the al-Qur’an. The objective of this study is to analyse the application of the theory of al-Tawhid al-Shuhudi in the said book of tafsir. Al-Tawhid al-Shuhudi is divided into four, first is Tawhid al-Af cal, second, Tawhid al-Asma, third, Tawhid al-Sifat and forth is Tawhid al-Dhat. Shuhudi Tawhid is higher than Istidlali Tawhid (the monotheistic theory that only holds on the logic proofs based on syariah explanations without experience) because at this stage, theoretical conviction (cilm al-Yakin) has evolved into the faith in practise of Mushahadah (pure heart observation to God without veil) to achieve al-cAin al-Yakin and Haq al-Yakin.This study applies qualitative methodology based on content analysis through library research. Application of al-Tawhid al-Shuhudi in the interpretation of the verses of al-Qur’an to find the implied meaning of the philosophical Tawhid revealed in the human soul through ahwal (spiritual experiences) and maqamat (spiritual stations). As a result, the existence of the core consciousness in life, the foundation of existence and the infinite in the purpose of human creation through the understanding of the Qur’an will be achieved through the understanding of Tafsir al-Ishari.

 

Keywords


Tauhid al-Shuhudi; tafsir al-ishari; mushahadah; ahwal; maqamat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia