Tafsiran Peruntukan Kesalahan Bersekediaman dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991

Zurul Iman Zakaria, Zaini Nasohah

Abstract


Pelaksaanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Undang-undang jenayah Syariah perlu dijalankan secara berhemah, teliti dan berhati-hati agar tidak menimbulkan tohmahan dan fitnah daripada masyarakat serta memastikan pelaksanaanya memberi penekanan kepada prinsip keadilan. Antara isu yang menyebabkan undang-undang jenayah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan baik ialah perbezaan pengamal undang-undang dalam mentafsirkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tafsiran peruntukan kesalahan perlu kerana peruntukan yang dinyatakan adalah bersifat umum, tidak menjelaskan maksud sebenar dan elemen-elemen yang membentuk sesuatu kesalahan. Selain itu, keperluan kepada tafsiran adalah disebabkan latarbelakang yang berbeza dalam kalangan pengamal undang-undang yang terlibat iaitu Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji tafsiran peruntukan bagi kesalahan bersekediaman yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual separa struktur dalam pengumpulan data. Data-data dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian dapat menerangkan secara terperinci maksud-maksud serta elemen-elemen yang terdapat dalam peruntukan kesalahan bersekediaman. Kajian ini dapat membantu pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan Mahkamah Syariah dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah.

The Interpretation of cohabitation offences under the Syariah Offences Enactment (Melaka state) 1991

The implementation of Syariah criminal law enforcement in Malaysia often invites negative comments and polemic among the Muslim society. Shariah criminal law must be treated with prudence, caution and carefull so as not to provoke criticism and slander from the public and to ensure that its enforcers emphasize the principles of justice. One of the issues that makes Syariah criminal law unsuccessful is that practitioners potray diffrences in interpreting existing legal provisions. The interpretation of the provision is necessary because the provisions stated are general, do not explain the actual meaning and the elements that constitute the offense. In addition, the need for interpretation is due to different backgrounds among the legal practitioners involved likes Religious Enforcement Officers, Syariah Prosecutors and Syariah Judges. Accordingly, this study aimed to examine the interpretation of cohabitation offences under the Syariah Offences Enactment (Melaka state) 1991. This study is a qualitative study using a document analysis approach and semi-structured interviews in data collection. The data were analyzed thematically and descriptively. The results of this study are able to ilustrate in detail the meanings and elements of the provision of cohabitation. This study can assist the authorities, legal practitioners and Syariah Courts in enforcing Shariah criminal law enforcement.


Keywords


Jenayah Syariah; bersekediaman; tafsiran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia