Pengamanahan dalam Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam

Noor Lizza Mohamed Said, Wan Amirul Adli Wan Ayub, Mohd Zamro Muda, Adnan Mohamed Yusoff, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Abstract


Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini. Dalam perundangan Islam terdapat pelbagai bentuk pengamanahan sama ada disandarkan kepada keadaan sebelum atau selepas kematian. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai konsep pengamanahan yang berbeza yang menghasilkan natijah hukum berbeza. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji konsep amanah yang sesuai yang boleh diaplikasikan sebagai instrumen pengurusan harta amanah orang Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua konsep amanah dalam Islam yang boleh dijadikan instrumen amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam iaitu wakÉlah dan wiÎōyah. Kedua-dua konsep ini mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi membolehkan akad berkuat kuasa. Penggubalan undang-undang berkaitan produk amanah harta orang Islam perlulah dibuat secara lebih terperinci oleh pihak yang berautoriti sebagai panduan pihak industri dalam menawarkan produk berkaitan amanah harta orang Islam.

Trust in Planning and Management of Islamic Property

The emergence of trust products in Islamic property’s planning and management industry is said to be an instrument that can overcome problems that arise from issues related to inheritance. Trusting other parties to manage the property whether he or she is still alive or after death is one form of trust that has been practiced by the Islamic society nowadays. According to Islamic law, there are various forms of trust either it is justified by  the situation before or after death. Both situations have different concept of trust which in the end, will produce different legal results. Therefore, the purpose of this research is to study a suitable concept of trust that is applicable as an instrument of Islamic property management. This research is a qualitative research using content analysis as the design of the research. The research outcomes conclude that there are two concepts of trust in Islam that can act as trust instrument in planning and management of Islamic property which is wakÉlah dan wiÎōyah. Both concepts have certain terms that needs to be fulfilled to enable contract enforcement. The law legislation related to trust of Islamic property must be conducted in detail by the authority as a guidance to the industry in providing products related to the trust of Islamic property. 


Keywords


Amanah; Perancangan; Pengurusan; Harta; Produk

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia