Book Review: Jihad Beyond Islam by Gabrielle Marranci

Shahidatul Ashikin Shahran, Najah Nadiah Amran, Latifah Abdul Majid

Abstract


Jihad beyond Islam ialah karya Gabrielle Marranci, seorang professor dalam bidang antropologi keagamaan yang berasal dari Itali. Karya ini membincangkan konsep jihad dari sudut pandang orang Islam di Barat. Marranci menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian dengan meneliti respon, sikap, identiti dan peribadi responden beliau yang terdiri daripada orang Islam yang berhijrah ke negara-negara Barat (Muslim immigrants) dan orang Islam yang dilahirkan di sana (Born Muslim). Marranci telah memetik beberapa kajian dan karya sarjana Barat berkaitan konsep jihad. Kebanyakan daripada mereka memfokuskan Islam sebagai kriteria utama perbahasan dan mengabaikan pandangan serta pemahaman penganut agama Islam beridentiti unik. Identiti yang dimaksudkan oleh Marranci adalah komitmen emosi berdasarkan kepada pengalaman dan latar belakang kehidupan. Emosi merupakan elemen utama dalam kajian Marranci bagi memahami konsep jihad dalam kalangan respondennya yang terdiri daripada orang Islam yang telah menetap di benua Eropah. Keunikan utama karya ini terdapat pada setiap pengenalan di setiap bab. Ini kerana, Marranci menukilkan peristiwa dan insiden utama yang dikaitkan dengan masyarakat Islam serta reaksi masyarakat ketika kejadian berlaku contohnya peristiwa pengeboman di London pada 7 Julai 2005 (2006: 1), peristiwa 11 September 2001 (2006: 31), isu migrasi masyarakat Islam di Eropah, penubuhan masjid (2006: 53-55) dan beberapa kajian kes peristiwa yang dialami oleh responden beliau. Marranci menetapkan beberapa pemboleh ubah dalam memahami konsep jihad dalam kalangan respondennya iaitu masa, ruang, konteks sosial, tafsiran dan identiti peribadi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia