[ms] Book Review: Jesus Adalah Muslim? oleh (Is Jesus A Muslim? by) Jaafar Siddiq

Yusri Mohamad Ramli

Abstract


Jaafar Siddiq atau nama sebenarnya (Drs.) Dyayadi, M.T atau Muhammad Jaya ialah seorang penulis prolifik yang dilahirkan di kota Tarakan, Kaltim, Indonesia pada tanggal 28 Julai 1966. Beliau pernah belajar di Fakulti Ekonomi, University of Mulawarman. Beliau juga menamatkan pendidikan formal di APDN Samarinda pada tahun 1990, Sekolah Tinggi Ilmu Administrasi Lembaga Administrasi Negara (STIA-LAN) Makassar pada tahun 1997 dengan pangkat cemerlang Summa Cum Laude serta menamatkan Sarjana di Magister Perencanaan Kota
& Daerah (MPKD), Fakultas Teknik Arsitektur di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2000. Walaupun beliau tidak pernah mendapat pendidikan agama Islam secara formal, sama ada
di pondok pesantren atau di sekolah agama, namun beliau berjaya menulis tidak kurang daripada 100 buah buku yang sebahagian besarnya ialah karya-karya berkaitan agama Islam. Beliau hanya
mempelajari agama secara sendiri daripada buku-buku koleksi peribadi. Beliau turut mengendalikan penerbitan sendiri bernama Qiyas dan Jaya Media di Indonesia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia