Kesenian Randai sebagai manifestasi budaya masyarakat Pepatih di Negeri Sembilan (Randai art as a cultural manifestation of the Perpatih community in Negeri Sembilan)

Nor Atikah Azmi, Zubir Idris, Ab. Samad Kechot

Abstract


Kajian ini mengetengahkan kesenian Randai sebagai salah satu kesenian rakyat yang terdapat di Negeri Sembilan. Sungguhpun kesenian ini mempunyai ikatan yang rapat dengan tradisi dan kesenian Minangkabau, kajian lebih menumpukan kesenian Randai yang sudah berasimilasi dengan kebudayaan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kesenian Randai yang menjadi tumpuan ialah di mukim Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan atas faktor majoriti masyarakat Perpatih yang masih boleh bertutur dalam bahasa Minang selain daripada kepakaran ahli dalam kesenian yang masih aktif mempersembahkan kesenian Randai. Persoalan kajian yang ingin dirungkai ialah berkenaan elemen budaya yang terdapat dalam lirik-lirik lagu dalam kesenian Randai. Elemen-elemen budaya yang dirungkai ialah berkaitan dengan agama dan kepercayaan. Untuk merungkai elemen-elemen budaya dalam lagu, pengkaji mengguna pakai konsep etnomuzikologi yang melihat hubungan muzik terhadap aspek-aspek kebudayaan dalam hasil seni sesebuah masyarakat. Kompleksiti berkenaan aspek budaya sememangnya tidak asing dalam apa jua hasil kesenian rakyat, namun ia perlu diinterpretasikan untuk kefahaman yang lebih baik terutamanya kepada mereka yang berada di luar ruang lingkup tradisi Adat Perpatih.

Kata Kunci: Adat Perpatih, agama dan kepercayaan, budaya, etnomuzikologi, kesenian Randai, Minangkabau

This study explores the art of Randai as a one of the folk arts in Negeri Sembilan. Although Randai in Negeri Sembilan is closely related to the Minangkabau tradition, but this study focuses on Randai that assimilated with culture on Negeri Sembilan. The art of randai that being focusing is in mukim Lenggeng, Seremban due to the ability of its members to speak in Minang and the expertise among members which are still active in performing the art of Randai. This study would like to unraveal the cultural elements found in lyricals of Randai art. The cultural elements studied are religion and belief. The approach used is the concept of ethnomusicology which sees the relationship of music to the cultural aspects in the artwork of a society. Complexity regarding cultural aspects is not unfamiliar in any artistic work of the people, but it needs to interpreted for a better understanding, especially to those who are outside the scope of Perpatih Customary traditions.

Keywords: Perpatih Customs, religion and belief, culture, ethnomusicology. Randai art, Minangkabau.


Keywords


Adat Pepatih; agama dan kepercayaan; budaya; etnomuzikologi; kesenian Randai; Minangkabau

Full Text:

PDF

References


Abd. Samad Idris. (1974). Kemurnian dalam Adat Perpatih. Seminar Persejarahan dan Adat Perpatih, Seremban, Pustaka Asas Negeri.

Abd. Samad Kechot. (2009). Laporan kajian Randai warisan masyarakat Minang Negeri Sembilan: meneroka perkembangan dan taburannya. Jurnal Melayu, 4, 161-172.

Abdul Azis Dahlan. (1996). Ensiklopedia Islam. Jakarta, Islamic Publications.

Arifini Netrirosa. (2010). Kompleksiti persembahan Randai dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat (Tesis Sarjana). Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Azizah Mohd Nor. (1979). Permainan tradisional Randai di Lenggeng, Negeri Sembilan (Latihan Ilmiah). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Amirah Buang, & Ari Kurnia. (2001). Melaka sebagai pintu masuk pelancongan Sumatera: Perkembangan semasa dan cabaran era global. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 7(5), 2-13.

Haron Din. (1997). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imam al-Ghazali. (2006). Ihya Ulumuddin pengajaran bagi orang-orang mukmin. Kuala Lumpur, Darul Fajar.

Khoo Kay Kim (1990). Adat Perpatih dan pembangunan negara. Dlm. Norazit Selat (Ed.), Negeri Sembilan dahulu dan sekarang (hlm. 43-55). Kuala Lumpur, United Selangor Press.

Midawati, & Amirah Buang. (2015). Wanita Perpatih dan keusahawanan di Negeri Sembilan: suatu tinjauan geografi sejarah. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 11(2), 128-139.

Mohd Dahlan Mansoer. (1990). Negeri Sembilan: sejarah awal dan sistem politiknya. Dlm. Norazit Selat (Ed.), Negeri Sembilan dahulu dan sekarang (hlm. 3-20). Kuala Lumpur, United Selangor Press.

Mohamed Anwar Omar Din. (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nelmawarni Bungo, & Nordin Hussin. (2011). Merantau ke Kuala Lumpur: Tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 7(5), 116-131.

Syed Nurul Akla Syed Abdullah. (2001). Faktor leksis dan budaya dalam terjemahan Arab-Melayu: Satu analisis karya rihlah (Tesis Sarjana). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.