Analisis tahap kepuasan pengunjung di taman rekreasi awam Sabah (Analysis of visitor satisfaction levels in Sabah recreational public parks)

Rosniza Aznie Che Rose, Nur Efazainiza Ainie Basri

Abstract


Penyediaan landskap di sesebuah taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung. Walau bagaimanapun, pengurusan landskap di kebanyakan taman awam secara umumnya masih berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan dengan pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika dalam konteks penerimaan pengunjung. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti profil kedatangan pengunjung, menganalisis tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual tidak rasmi dan borang soal selidik yang diedarkan kepada 210 orang responden dan pemilihan sampel dilakukan menggunakan formula Taro Yamanae. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif frekuensi, Cross-Tabulation dan Chi-Square serta analisis korelasi melalui perisian Statistical Package for Sosial Sciences. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa kunjungan ulangan pengunjung secara majoritinya adalah disebabkan oleh penyediaan landskap lembut memberi suasana yang tenang, tarikan semula jadi yang menarik, lokasi yang strategik serta untuk melakukan aktiviti senaman di mana nilai min yang diperoleh adalah tinggi. Secara keseluruhan, tahap kepuasan responden terhadap pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika adalah pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, sesebuah taman rekreasi awam perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang dapat menjamin kepuasan pengunjung seiring dengan keperluan semasa pengunjung.

Kata Kunci: landskap, pengunjung, pengurusan landskap, taman rekreasi, taman awam

Providing landscaping in a public recreational park is one of the services provided by the Local Authority (PBT) especially to the urban community. Good and quality landscape management will influence the level of visitor satisfaction. However, landscape management in most public parks is generally low. In this regard, this study focused towards the visitor satisfaction from their experienced in Sabah public Parks. The objectives in this study are, to identify the profile of visitor arrivals, to analyze the level of visitor satisfaction with landscape management and to suggest improvements to landscape management in the Sabah Public Parks. The research method used was observation, informal interview and questionnaire form distributed to 210 respondents. The sample selection was conducted using Taro Yamanae formula. The data were analyzed using Descriptive Frequency Analysis, Cross-Tabulation and Chi-Square as well as correlation analysis using Statistical Package for Social Sciences software. Based on the results, it was found that the return visitors were mainly due to the provision of a soft landscape providing a calm atmosphere, attractive natural attractions, and trategic location for exercise activities where the mean value was high. Overall, the respondents' satisfaction with the management of the landscape in the public park was moderate. Therefore, a public recreational park should be equipped with facilities that guarantee the satisfaction of visitors in line with the current needs of the visitors.

Keywords: landscape, visitors, landscape management, recreation park, public park

 


Full Text:

PDF

References


Carson, J. (1972). A national urban growth policy: meaning & measures for its implementation. Presented paper to the 54th Annual Conference of the American Institute of Planners held in San Francisco, October 1971. Urban Land, 3-10 February.

Dasar Landskap Negara. (2010). www.kpt.gov.my. (10.12.2018).

Fauziah Che Leh. (2016). Pelancongan bandar dan isu keselamatan: Kajian kes pelancong antarabangsa Kuala Lumpur. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space. 12(8), 110-122.

Garis Panduan Landskap Negara (Edisi 2). (2008). Kuala Lumpur.

Garis Panduan Landskap Negara, Bahagian 3. (2008). Kuala Lumpur.

Hamidi, I., Tuan Pah Rokiah, S.H., & Johan Afendi, I. (2006). Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Idris, M. (2010). Pewartaan kawasan lapang di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Kajian kes: kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.

Jaffry, Z., & Nor Azlina, H. (2004). Pelancongan Rekreasi Berasaskan Cabaran dan Biodiversiti: Isu dan Konflik. Kuala Lumpur.

Jeckie, P., & Greg, P.S., (2018). Visitor satisfaction with a public green infrastructure and urban nature space in Perth, Western Australia. Land, 7(4), 159-172.

Johan Afendi, I. (2006). Pengenalan Kepada Tarikan Pelawat: Konsep dan Pengurusan. Dlm. Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kamariyah Kamsah. (1983). Some Thought in Planning and Designing Towards A Society of Leisure and Recreation, Outdoor Recreation in Malaysia (Seminar Paper). UPM.

Lee Boon, H. (2007). Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Highlands: Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia.

Nur Fateha, M. (2015). Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi. Diperoleh Daripada http://dokumen.tips/documents/fungsidan-peranan-taman- rekreasi. (10.12.2018).

Putri Haryati. (2015). Masalah pengurusan kawasan lapang oleh pihak berkuasa tempatan di Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Ramkissoon, H., Smith, L., David, G., & Kneebone, S., (2014). Visitor Satisfaction and Place Attachment in National Parks. Tourism Analysis, 19(3), 287-300.

Rooslinda Binti Mamat. (2002). Penyediaan dan pengurusan kawasan lapang perumahan, kajian kes: Mukim Batu, Gombak, Selangor. Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Rosniza Aznie, C.R, Mohd Azlan, A., Rozalini, R., Rosmiza, M.Z., Abdul Rahim, M.N., Mohd. Fuad, M.J., & Novel, L. (2017). Potensi Tarikan Ekopelancongan Rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(7), 20-32.

Salingaros, N.A. (2005). Principles of Urban Structure. Amsterdam: Techne Press.

Sejarah Landskap. 2011. http://www.rahsiataman.com/sejarah/Sejarah.html. (10.12.2018).

Taro Yamane. (1967). Elementary Sampling Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Utusan Online. (2015). Taman Rekreasi Mangsa Vandalisme. http://www. utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/taman-rekreasi-mangsa-vandalisme-1.98783

Wan Sabri, W.M., Mamit, J.D., Wah, L.S. & Roslan, H. (1983). An Evaluation of Park Usage and Its Effect upon Planning and Management: The Templer Park Visitor Survey. Rekreasi Luar di Malaysia: 367-382. Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia.

Zaimah, R., Er, A.C., Sarmila, M.S., Habibah, A., Hamzah, J., Nurain Sahazali, & Nadiah Hanani Abdul Jalil (2015). Kepuasan pelancong dengan Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari: Satu kajian persepsi. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 11(1), 135-142.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.