Persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia (Youth perception towards ‘New Malaysia’ in the framework of community development in Peninsular Malaysia)

Mohd Mahadee Ismail, Mohd Sabri Md Nor, Zatul Himmah Adnan

Abstract


Makalah ini membincangkan tentang persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia. Istilah Malaysia Baharu popular digunakan selepas berlakunya pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 daripada parti Barisan Nasional yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka kepada kerajaan baru yang diterajui oleh Pakatan Harapan. Malaysia yang dikatakan melalui fasa baru dijangka mengalami perubahan dari segenap aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosiobudaya ke arah yang lebih baik. Dari itu, satu kajian telah dijalankan dalam kalangan belia khususnya mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi mereka terhadap perkembangan semasa yang berlaku dalam negara ini. Kajian telah menggunakan gabungan dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Untuk pendekatan kualitatif,  teknik NGT (Teknik Berkumpulan Nominal) dan FGD (Perbincangan Kumpulan Berfokus) telah dilaksanakan, manakala bagi pendekatan kuantitatif pula teknik survey menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 800 orang responden belia pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi persepsi responden berdasarkan etnik terhadap Malaysia Baharu dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan komuniti. Golongan belia etnik Melayu dilihat lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka manakala golongan belia etnik Cina dan India pula dilihat lebih positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap era pemerintahan Malaysia Baharu ini. Hasil kajian ini juga memberikan suatu gambaran terkini terhadap perkembangan semasa yang berlaku walaupun Malaysia Baharu itu baru sahaja berusia setahun jagung.

Kata kunci: belia, etnisiti, mahasiswa universiti awam, malaysia baharu, pembangunan komuniti, semenanjung Malaysia.

 

This paper discusses the perception of the youth towards New Malaysia in the framework of community development in Peninsular Malaysia. The term ‘New Malaysia’ is popular to be used after the change of government's in the 14th general election from the Barisan Nasional party that dominated the country's government since independence to the new government led by Pakatan Harapan. Malaysia, which is said to undergoes new phase, is expected to experience changes from various aspects of political, economic and social-cultural life to a better one. Therefore, the study was conducted among youth, especially public university students in Peninsular Malaysia. The study aims to identify their perception of the current developments in the country. The research used qualitative and quantitative approaches. For qualitative approach, NGT (Nominal Group Technique) and FGD (Focus Group Discussion) techniques were adopted, while for quantitative approach, survey techniques using questionnaire forms were employed. The questionnaire was distributed to 800 youth respondents of various ethnic groups. The findings show that there are a variety of perceptions based on the ethnicity of the respondents to New Malaysia in the matters involving community development. The Malays were seen as more objective in their views while the Chineses and Indians were more positive in expressing their support for the New Malaysian government. The findings also provide the latest overview of current developments even though the New Malaysia is just about two years old.

Keywords: youth, ethnicity, public university students, new malaysia, community development, peninsular Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Shukri Abdul Hamid. (2015). Konseptualisasi pembangunan komuniti melalui analisis konsep struktur sosial, teori modal sosial dan perspektif realisme kritikal. Jurnal Pembangunan Sosial, 18(Jun), 21-40.

Berita Harian Online. (2019). Graduan, siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja setimpal. Oleh Mohd Azis Ngah; Suzalina Halid dan Fahmy A Rosli, Ahad, 07 Julai 2019. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582258/eksklusif-graduan-siswazah-miskin-b40-sukar-dapat-kerja-setimpal

Berita Harian Online. (2018). Kerajaan baharu dan hala tuju politik negara. Oleh Mansor Mohd Noor, Sabtu, 19 Mei 2018. Retrieved from https://www.bharian.com.my/kolumnis/ 2018/05/427534/kerajaan-baharu-dan-hala-tuju-politik-negara

Berita Harian Online. (2019). Perutusan Perdana Menteri sempena setahun kerajaan Pakatan Harapan. Khamis, 9 Mei 2019. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2019/05/562120/perutusan-perdana-menteri-sempena-setahun-kerajaan-pakatan-harapan

Fendley, K., & Christenson, J.A. (2009). Rural reflation: An idea for community development. Journal of the Community Development Society, 20(1), 103-115.

Haines, A. (2009). Asset-based community development. Dlm. Phillips & Pittman (Edt.), An introduction to community development (hlm. 38-48). New York: Routledge.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, & Amer Saifude Ghazali. (2015). Politik etnik di Kuala Lumpur: Kajian tanggapan pengundi dalam kalangan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) pasca Pilihan Raya Umum 2013. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(7), 33-44.

MalaysiaKini Online. (2019). MBM: Had umur belia patutnya 35, bukan 30. Rabu, 03 Julai 2019. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/482186

Mansor Mohd Noor. (2012). Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik: Kepelbagaian Etnik dan Perkongsian Hidup Bersama di Malaysia. Siri Syarahan Umum Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Shatar Sabran. (2003). Model Pembangunan Komuniti. Pertanika Journal of Social Science & Humanities, 11(2), 135-145.

Mohd Mahadee Ismail. (2015). Pendidikan sivik dan pembinaan etos nasional dalam kalangan alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Kajian ke atas mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), (Tesis Doktor Falsafah). Retrieved from Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Phillips, R., & Pittman, H.R. (2009). A framework for community and economic development. Dlm. R. Phillips, & H.R. Pittman, (Edt.), An introduction to community development (hlm. 3-19). New York: Routledge.

Sanders, I. T. (1989). The concept of community development. Dlm. L.J. Cary, (Edt.), Community development as a process (hlm. 9-31). Missouri: University of Missouri Press.

Utusan Online. (2014). Had umur belia 15-30 tahun bermula 2018. Oleh Lilis Suriani Omar, Selasa, 18 November 2014. Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/nasional/had-umur-belia -15-30-tahun-bermula-2018-1.26083

Utusan Online. (2018). Harapan terhadap Malaysia Baharu. Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed, 16 Julai 2018. Retrieved from https://www.utusan.com.my/rencana/utama/ harapan- terhadap-malaysia-baharu-1.709614

Utusan Online. (2018). Pertimbangan antara SST - GST. Oleh Rohami Shafie, Ahad, 22 Julai 2018. Retrieved from https://www.utusan.com.my/rencana/utama/pertimbangan-antara-sst-gst-1.713707


Refbacks

  • There are currently no refbacks.