Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah (The level of headmaster leadership and the teaching and learning of primary school teacher)

Nurul Huda Ab Rahman, Azlin Norhaini Mansor

Abstract


Abstrak

 

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui edaran soal selidik di sekolah rendah zon 2 dalam daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi guru terhadap amalan pengurusan guru besar dan pembelajaran pengajaran guru di sekolah. Seramai 120 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini dengan mengedarkan soal selidik berkaitan persoalan kajian kepada guru-guru terlibat. Kaedah kuantitatif digunakan dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian deskriptif dijalankan dan hasil dapatan dipamerkan dalam bentuk min, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepimpinan pentadbir di sekolah adalah tinggi; pengurusan organisasi guru besar sekolah adalah tinggi; tahap amalan guru besar dalam aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid adalah tinggi; dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran guru juga tinggi. Beberapa cadangan juga dikemukakan sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap kepimpinan guru besar dan pengajaran dan pembelajaran guru.

 

Kata kunci: guru, guru besar, kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan organisasi, sekolah rendah 

 

Abstract

 

This descriptive study was conducted through a survey method by distribution of questionnaires in the Zone 2 primary school of Gua Musang, Kelantan. The study was conducted to investigate the teachers' perception of management practices of headmaster and the teaching and learning of teachers in schools. One hundred and twenty teachers were selected randomly to answer the questionnaires related to the research questions. Quantitative methods were used and data were analyzed using the software Statistitical Package for Social Sciences (SPSS). Descriptive method was used to describe the findings and results were presented in the form of mean, frequency and percentage. The results showed that the overall level of leadership of the administrator is high; the organizational management of the headmaster is high; the headmaster’s management practice of curriculum, co-curricular and sports activities and students’ affair is also high, and the practices of teaching and learning of teachers are also high. A few suggestions are presented as a guide to further improve the level of leadership of the headmaster and the teaching and learning of the teacher.

 

Keywords: teacher, headmaster, leadership, teaching and learning, organization management, primary school

 

https://doi.org/10.17576/geo-2017-1303-07


Full Text:

PDF

References


Affizal Ahmad (n.d) Kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup sejahtera. Universiti Sains Malaysia.

Anuar Ahmad, Nelson J (2015) Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Lim TT (2010) Gaya Kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan faktor-faktor kepimpinan di sekolah penerima anugerah sekolah cemerlang di negeri Melaka.

Azlin NM, Jamalullail AW, Mohd IMH, Norhayati Y ( 2011) Aktiviti kepimpinan pengetua di Asia Tenggara: Analisis data kajian TIMSS 2011.

Baharom M, Mohamad JS, Che Noraini H (2009) Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-VI. Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Conoley JC, Goldstein AP (2004) School Violence Intervention: A practical handbook (2nd ed.). Guilford, New York.

Faridah AH, Naimah I, Hamidah Y, Habibah AR (2005) Kemiskinan dan pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (n.d). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Hallinger P, Murphy JF (1987) Assesing and developping principal instructional leadership. Educational Leadership 45, 54-61.

Hesham RO (2009) Kos persendirian pendidikan sekolah rendah: Kajian kes di daerah hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jamilah Ahmad, Yusof Boon (2011) Amalan kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Journal of Edupres.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Program Transformasi Kerajaan, Pelan Hala Tuju-Ringkasan Eksekutif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010.

Krejcie RV, Morgan DW (1970) Determining sample size for research activities educational and psychological measurement. Duluth 30, 607-610.

Mohd Najib Ghafar (1998) Penyelidikan pendidikan. UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai.

Mohd Yusri Ibrahim, Aziz Amin (2014) Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

Muhammad Faizal AG, Norfariza MR, Simin G, Husaina BK (2014) pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Saedah Siraj, Mohammed Sani Ibrahim (2013) merealisasikan penempatan kepimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah. Seminar Kebangsaan kali ke IV, Majlis Dekan.

Pendidikan IPTA. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sharifah Nor Puteh, Kamarul Azman Abd Salam (2011) Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Zakaria Kasa, Amir Hasan Dawi, Azhar Hj Wahid, Mohd Sani Madon, Mohd Noor Idris, Shaharudin Ali (2010) Isu pendidikan luar bandar di Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohamad Johdi Salleh (2009) Memperkasakan pendidikan luar bandar. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. Kota Kinabalu, Sabah.

Zanaton HI (2013) Pendidikan berkualiti melalui pembelajaran komuniti lesson study. Seminar Kebangsaan kali ke IV. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zulkafli Kamaruddin (2008) Penglibatan guru dalam membuat keputusan, sokongan organisasi dan komitmen kerja. Universiti Sains Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.