Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti (Tagal tourism, environmental management and the community)

Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael

Abstract


Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Luanti Baru telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kertas kerja ini menjelaskan peranan dan manfaat sistem tagal dalam industri pelancongan di Kg. Luanti Baru, Ranau Sabah terhadap komunit pelaksana. Data diperolehi berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan cara pemerhatian di kawasan kajian, temuramah
dan juga kajian pustaka. Secara umumnya, kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti.


Katakunci: industri pelancongan, komuniti tempatan, pendekatan tradisional, pengurusan biosfera,
pengurusan persekitaran, sistem tagal


The tagal system is a local and traditional approach to biosphere management in Sabah. It is also known as
bombon which means ‘do not’ in Kadazanduusun language. The system has been developed to limit the utilisation of the natural resources in order to ensure the continuous production of aquatic resources, especially, the inland fish. Today, the local community has started to integrate the system into its tourism industry. This paper is about the influence and contribution of the tagal system as a tourism product to the community of Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah. Primary data were collected via a preliminary study at the study area involving field observations and interviews with local key informants. Generally, the study found that this system was capable of functioning as a concrete tourism product in ways that were beneficial in terms of environmental, economic and social development of the local community.


Keywords: biosphere management, environmental management local community, tagal system, traditional
approach, tourism industry


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.