Transformasi Medan Pasar sebagai ikonik pelancongan warisan: Dimensi keperluan pengunjung dan tuntutan peniaga (Transformation of Medan Pasar into an iconic heritage tourism: Dimension of visitors’ and commercial’s needs)

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Amriah Buang, Nor Ghani Mohd Nor, Lelawati Ismail, Er Ah Choy, Muhammad Saiful Nizam Aduluan, Siti Nor Safiza Bt Safiei

Abstract


Transformasi kawasan Medan Pasar sebagai sebuah pusat ikonik warisan adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tarikan pelancongan di Greater Kuala Lumpur dan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dimensi keperluan pengunjung dan tuntutan peniaga dalam proses ini. Dengan kata lain, apakah kemudahan sedia ada memenuhi kehendak kedua-dua pihak, dan apakah langkah- langkah pihak berkepentingan seiring dengan rancangan untuk mentranformasikan Medan Pasar sebagai pusat pelancongan warisan. Kajian ini menggunakan gabungan data daripada kaji selidik ke atas 150 orang responden iaitu peniaga dan pengunjung, pengamatan di tapak dan temuramah dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Hasil kajian mendapati Medan Pasar dan kawasan sekitarnya mempunyai kualiti perkhidmatannya tersendiri yang boleh ditransformasikan sebagai sebuah kawasan tarikan pelancongan warisan. Para pengunjung dan peniaga menyuarakan keperluan mereka seiring dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak DBKL dalam perancangan Greater Kuala Lumpur bagi EPP 7: Iconic Places iaitu salah satu bidang Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) bagi menaiktaraf kawasan Medan Pasar dan kawasan sekitarnya. Kesimpulannya, Medan Pasar mampu ditranformasikan sebagai salah satu tempat ikonik pelancongan warisan.

Katakunci: bangunan ikonik, imej warisan, Medan Pasar, pelancongan warisan, pengunjung dan peniaga, transformasi


The transformation process of Medan Pasar into an iconic heritage will enhance its attractiveness/ uniqueness as one of premier tourist attractions in Greater Kuala Lumpur and Malaysia. The purpose of the study was to examine the dimension of the visitors’ and retail traders’ needs during the process of transformation. In a simple word, do the existing facilities fulfil the needs of both segments, and do the stakeholders initiatives in tandem with the transformation program of Medan Pasar into a heritage tourism area. The method of study comprised a questionnaire survey of 150 respondents; visitors and retail traders, field observation and interviews with DBKL. The study reveals that Medan Pasar and the surrounding areas have a unique characteristic that can be transformed and further, enhanced to become one of premier heritage tourist attractions. The study also found that the activities and development processes undertaken by the authorities are complimenting with the Greater Kuala Lumpur EPP7: Iconic Places Project, one of NKEA under the auspices of DBKL. The results also showed that with a high level of accesibility through a complete public transportation system and a full support of conservation, sustainability and improved services by local authorities, Medan Pasar will be transformed as one of the iconic heritage tourism in Greater Kuala Lumpur.

Keywords: heritage image, heritage tourism, iconic buildings, Medan Pasar, transformation, visitors and retail traders


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.