Tahap kecekapan dan penentu pencapaian prestasi staf akademik: Kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia (Appraising the efficiency and determinants of academic staff performance: The case of Universiti Kebangsaan Malaysia)

Noorasiah Sulaiman, Syukriyah Md Yusof, Rahmah Ismail

Abstract


Sebagai universiti penyelidikan, bidang penyelidikan menjadi asas penting dalam menjana aktiviti-aktiviti seperti penerbitan, pengajaran, jaringan dengan industri, pihak kerajaan, komuniti tertentu dan masyarakat keseluruhan. Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji tahap kecekapan fakulti-fakulti di UKM dalam menghasilkan penerbitan. Kedua ialah menganalisis faktor penentu yang mempengaruhi staf akademik UKM dalam membuat penerbitan. Kajian kecekapan melibatkan semua fakulti di UKM yang terdiri daripada 12 buah fakulti dan analisis dengan menggunakan teknik yang diperkenalkan oleh Farrel (1957) iaitu Data Envelopment Analysis (DEA). Bagi analisis kedua berhubung faktor penentu, data adalah berasaskan dapatan soal selidik lengkap yang dikembalikan oleh 116 staf akademik UKM hasil dari persampelan dengan kaedah Fact Sheet PEOD-6 yang diguna pakai oleh Israel (1992). Hasil kajian mendapati tahap kecekapan dalam menghasilkan penerbitan adalah rendah bagi kedua-dua rumpun fakulti, iaitu fakulti sains dan fakulti sains sosial. Keputusan ini menunjukkan tahap kecekapan keseluruhan dalam menghasilkan penerbitan di UKM juga rendah. Selanjutnya, analisis berhubung faktor penentu berhubung output penyelidikan menunjukkan dua dapatan. Pertama, pemboleh ubah tahun berkhidmat, status pekerjaan tetap, jawatan dalam pentadbiran dan bilangan penyeliaan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan pemboleh ubah bersandar jumlah penerbitan. Sebaliknya pemboleh ubah jumlah geran penyelidikan, status perkahwinan dan bilangan anak didapati tidak signifikan. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa UKM amnya dan staf akademik khususnya perlu lebih proaktif dalam menghasilkan penerbitan.

Katakunci: institusi pengajian tinggi, pencapaian prestasi staf akademik, penentu pencapaian prestasi, penerbitan, penyelidikan, tahap kecekapan

By definition, a research university, such as Universiti Kebangsaan, should be prolific in publication, advanced in teaching, and extensive in networking with industry, government, communities and the society at large. The first objective of this study was to assess the efficiency level of UKM faculties in publications. The second was to analyse the determinants of the staff ‘s publication performance. The efficiency study involved all the 12 faculties in the university and analysed using the Data Envelopment Analysis (DEA) introduced by Farrel (1957). The determinants analysis was based on information returned by 116 academic staff who were sampled by means of the Fact Sheet PEOD-6 method employed by Israel (1992). Results of the study revealed that the level of efficiency in publications was low for both faculties of science and social sciences. With respect to publication determinants, the variables of years of service, employment status, positions in the administration and supervision showed a positive and significant relationship with the number of publications, while the contrary was true with respect to the variables of research grants, marital status and the number of children. The findings point to the imperative of UKM’s academic staff being more proactive in enhancing their publication performance.

Keywords: academic staff’s performance, determinants of performance, publication, publication efficiency, research, Universiti Kebangsaan Malaysia


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.