Faktor sikap pelajar dalam peningkatan tahap kelestarian kampus: Kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia (Student attitudinal factors in the creation of sustainable campus: The case of the Universiti Kebangsaan Malaysia)

Mazaitul Shima Mazlan, Shahirah Umamah Abdul Mutalib, Er Ah Choy

Abstract


Cabaran utama dalam usaha pelestarian alam adalah kesedaran dan penerimaan masyarakat. Program UKM Lestari yang dilancarkan pada 21 Jun 2007 bertujuan menyelaraskan pelaksanaan pembangunan lestari di UKM secara menyeluruh. Program UKM Lestari yang dilancarkan pada 21 Jun 2007 bertujuan menyelaraskan pelaksanaan pembangunan lestari di UKM secara menyeluruh. Penglibatan semua pihak mampu merealisasikan Piagam UKM Lestari dan seterusnya melahirkan sebua universiti yang menekan aspek kelestarian kepada seluruh komuniti kampus. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar di UKM dan perananya ke arah kampus lestari. Responden kajian terdiri daripada 300 orang pelajar UKM yang terdiri daripada 167 orang prasiswazah dan selebihnya iaitu seramai 133 orang siswazah. Hasil kajian mendapati persekitaran universiti yang terlalu kompleks, entiti yang pelbagai dengan kepelbagaian subbudaya organisasi, tradisi telah menimbulkan kebimbangan. Justeru, usaha yang berterusan perlu dilakukan secara menyeluruh melalui pelbagai program seperti kempen kesedaran dan penguatkuasaan undang‐undang.

Katakunci: faktor pelajar, kampus lestari, kesedaran pelajar, sikap pelajar, struktur institusi struktur institusi, subbudaya pelajar

The main challenge in conservation efforts is fostering awareness and acceptance. Sustainable Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) programme which was launched in 2007 sought to coordinate the implementation of sustainable development in UKM as a whole. This study aims to identify sustainable consumption practices among students in UKM and its role in creating a sustainable campus. The respondents consisted of 300 students 167 of whom were undergraduates and the remaining 133 graduates. The study revealed that the university environment which was too complex with diverse entities and organizational subcultures and traditions had raised concerns about the achievability of the sustainable campus programme. As such, continuous efforts will have to be made through various both awareness enhancement and regulation enforcement campaigns if the programme is to be saved.

Keywords: student factor, sustainable campus, student awareness, student attitude, institutional structure, student subcultures


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.