Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia: Analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi (Islamic Real Estate Investment Trusts (I-REIT) in Malaysia: Analytical relationships with macro-economic variables)

Yusni Anis Yusuf, Mohd Yahya Mohd Hussin, Norimah Rambeli@Ramli

Abstract


Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, tetapi pemboleh ubah Indeks Pengeluar Industri, Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Wang merupakan penyebab Granger jangka pendek kepada pemboleh ubah I-REIT. Oleh itu, didapati prestasi I-REIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia.

Katakunci: Amanah Pelaburan Hartanah Islam, makroekonomi, Malaysia, model Vector Auto Regression (VAR),
pembiayaan Islam, ujian VECM

Malaysia has come to be noted as a leader in Islamic finance such that its pioneering experiences in the various branches of Islamic finance may provide valuable pointers to others following or planning to follow in Malaysia’s footstep. This article aims to identify the existence of short-run and long-run relationships between Islamic Real Estate Investment Trust (I-REIT) with macroeconomic variables in Malaysia. Data used in this study are monthly data between December 2008 and December 2013 and are analysed using standard Vector Auto Regression (VAR) model. The findings show that there exist long-run relationships between I-REIT with Consumer Price Index, Industrial Production Index, Islamic Interbank Rate, Foreign Exchange Rate, and FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Index. The results obtained from the VECM test shows that I-REIT is not the short term Granger cause to all of the variables. However, the Industrial Production Index, the Consumer Price Index, and Money Supply are the short term Granger causes to I-REIT variables. Thus, in conclusion, I-REIT's performance is influenced by macroeconomic variables in Malaysia.

Keywords: Islamic finance, Islamic Real Estate Investment Trust, macroeconomic variables, Malaysia, Vector Auto
Regression (VAR) model, VECM test


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.