Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak (The politics of development in the by-election of Sarawak’s Batang Air state assembly)

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Mohd Awal, Khaidzir Ismail

Abstract


Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah meningkatkan pendapatan rakyat, menambahkan peluang pekerjaan, menambahkan peluang perniagaan, menaikkan taraf ekonomi rakyat dan juga pelbagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya pembangunan berada di kawasan mereka. Dalam konteks negeri Sarawak, negeri tersebut dilingkungi kawasan pedalaman yang sangat luas dan jaringan perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan kawasan atau bahagian. Dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas. Namun, benteng terakhir BN ialah di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak di mana hampir 95 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di kedua-dua negeri tersebut dikuasai BN. Pilihan raya kecil DUN Batang Air diadakan kerana kematian penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot kerana penyakit angin ahmar. Ia dikatakan menjadi kayu pengukur pengaruh BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan menghadapi pilihan raya DUN yang akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2012. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 88.6 peratus menyatakan BN akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding PKR 3.6 peratus. Setelah pilihan raya kecil diadakan, hasilnya dimenangi BN dengan majoriti yang bertambah lebih sekali ganda iaitu dari 806 undi kepada 1854 undi dan ini membuktikan sentimen politik pembangunan terus kekal di kawasan tersebut kerana pembangunan hanya dapat dijalankan dengan memilih parti yang memerintah sesebuah negeri. Justeru, artikel ini akan menyingkap faktor politik pembangunan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Katakunci: kawasan pilihanraya terpencil, parti Barisan Nasional, pilihan raya kecil, politik pembangunan, Sarawak, sentimen politik

Politics of development refers to the process of gaining political support of an electoral constituency by bringing or promising to bring in development projects into the area that would enhance the socio-economic status of the voting population there. This has been a very useful instrument in Malaysia particularly in areas that are yet to develop significantly. Among others, the development projects normally implied increased incomes, increased employment opportunities, increased business opportunities, and overall higher economic status for the people and electorates. In the context of the vastly rural Sarawak, communication and transport development projects were the favourite. This paper brings into focus the phenomenology of the ruling BN government’s politics of development with reference to the Batang Ai by-election held in April 2009. The results of this by-election had been deemed a crucial test and indicator as to which party will win in the forthcoming general elections of 2012. The BN had campaigned on the usual platform that only a BN ruled state can bring more infrastructural development to Sarawak and Batang Ai. Although this rethoric was highly arguable, the BN nevertheless won with a more than doubled majority, from 806 votes to 1854 votes. This proves the fact that the politics of development remains a vital instrument in shaping the political sentiment of Malaysian electorates at least in a relatively remote constituency such as the Batang Ai.

Keywords: by-election, Barisan Nasional party, political sentiment, politics of development, remote constituency, Sarawak


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.