Migran dan Akta Pentadbiran Kependudukan di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia (Migrants in Makassar, South Sulawesi and the Indonesian Population Administration Act)

Sukri Nyompa, Mohd Fuad Mat Jali, Noraziah Ali, Katiman Rostam

Abstract


Kehadiran penduduk yang tidak berdaftar dan tidak dikenali warga tempatan boleh menimbulkan pelbagai masalah pentadbiran di bandar yang sedang berkembang pesat. Kedudukannya yang strategik menjadikan Bandar Makassar sangat menarik untuk penduduk dari kawasan lain untuk berpindah masuk. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kehadiran migran yang ramai dalam konteks pelaksanaan Akta 2006 Tentang Pentadbiran Kependudukan di Bandar Makassar. Menggunaka data primer dan sekunder, analisis kajian ini menunjukkan bahawa migran merupakan 38.2 peratus daripada 1.1 juta penduduk bandar tersebut pada tahun 2000. Angka tersebut meningkat kepada 43.62 peratus pada tahun 2010. Kebanyakan migran tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan Bandar Makassar seperti yang dituntut oleh akta tersebut. Perkara ini berlaku kerana migran tidah tahu dan tidak peduli tentang tuntutan akta tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak berkuasa Bandar Makassar telah melakukan pelbagai usaha termasuk kempen menyebar maklumat dan menjelaskan tentang tuntutan akta pentadbiran kependudukan kepada migran.

Katakunci: migran tidak berdaftar, Akta Pentadbiran Kependudukan, kerajaan tempatan, komuniti migran

The presence of unregistered and unidentified residents may create a lot of administrative problems in any burgeoning city. Strategically located, the Indonesian Makassar City often attracted people to reside in. This paper examines the presence of migrant population in the city within the context of the prevailing Population Administration Act, 2006. Using primary and secondary data it was found that the migrant population constituted 38.2 percent of the city’s 1.1 million total population in 2000. This figure had escalated to 43.62 percent in 2010. What is of interest is that many of the migrants had not registered with the city authorities as required by the Act. This situation arose because of the migrants’ apathy to, and ignorance of the law. To overcome this problem the Makassar City authorities had embarked on a campaign of informing and educating the migrant community regarding the matter.

Keywords: illegal migrants, Population Administrative Act, local government, migrant community


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.