Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: Kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Zurina Ahmad Saidi Ahmad Saidi, Ah Choy Er

Abstract


Pembungkusan bekas makanan mesra alam (BMA) merupakan produk pembungkusan yang memberikan kesan terhadap kelestarian alam sekitar di samping mesra alam. Penggunaan BMA sedang giat dijalankan dan meluas di negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah selaras dengan perkembangan kefahaman dan pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Kajian ini mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap bekas makanan mesra alam (BMA) dalam melestarikan alam sekitar. Data primer diperolehi daripada 50 orang pelajar UKM yang disampel secara rawak. Analisis hasil kajian mendapati baik bagi pelajar lelaki atau wanita penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) tidak menjadi topik utama dalam memastikan kelestarian alam di dalam kampus khususnya. Namun begitu, pelajar bersedia untuk lebih mengetahui tentang penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) serta kelebihan-kelebihan yang diperolehi dan bersedia untuk mencuba bekas makanan mesra alam (BMA).

Katakunci: bekas makanan mesra alam, kampus lestari, kefahaman alam sekitar, kelestarian alam sekitar, kesedaran alam sekitar, pelajar pendidikan tinggi  

Environmentally-friendly food containers (BMA) is product packaging that is supposed to contribute to environmental sustainability. The use of BMA is gaining momentum in developed countries especially the United States and Europe in line with the extension of environmental awareness, understanding and education starting from school to higher education. This preliminary study identified the level of knowledge, understanding and awareness of Malaysia’s higher education students with regard to environmentally-friendly food containers (BMA) in fostering sustainable environment. Primary data were gathered from 50 randomly sampled students of the Universiti Kebangsaan Malaysia. Results of the analysis revealed that regardless of gender the use of eco-friendly food containers did not figure highly in the students’ idea of an environmentally sustainable campus. Neverheless, they did express willingness to learn to know more about eco-friendly food containers and their environmental benefits.

Keywords: eco-friendly food containers (BMA), environmental awareness, environmental sustainability, environmentally sustainable campus, environmental understanding, higher education students

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.