Membangun modal insan Orang Asli: Kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang (Developing the Orang Asli human capital: A case study on the roles and determination of educational goals among Orang Asli parents in Kuantan, Pahang)

Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, Jasmi Abu Talib

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat
pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua
orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan ialah protokol
temu bual dan senarai semak pemerhatian sebagai alat mengumpul data. Temu bual secara mendalam dan
pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan data kritikal daripada ibu bapa. Data temubual telah dianalisis dan
dikategori mengikut tema-tema yang muncul. Triangulasi telah dijalankan terhadap data temubual dan pemerhatian
untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa ibu
bapa Orang Asli mempunyai aspirasi dan matlamat untuk anak-anak mereka. Mereka juga mengatakan bahawa
mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah serta telah mengambil tindakan bagi memastikan anakanak
berjaya dalam pendidikan. Ini menunjukkan ibu bapa yang mempunyai matlamat pendidikan yang jelas untuk
anak-anak adalah penting bagi meningkatkan pencapaian akademik serta mengurangkan kadar ketidakhadiran anakanak
ke sekolah dan seterusnya dapat mengurangkan keciciran.

Katakunci: ibu bapa Orang Asli, jangkaan ibu bapa, matlamat, murid Orang Asli, pendidikan, penglibatan ibu bapa



Parents play a crucial role in the human resource development of their children. As such their ability to perform this
role well or otherwise needs to be studied. This study examined the roles of Malaysia’s Orang Asli parents in
determining the educational goals and enhancing the academic achievements of their children. In this case study,
empirical data were obtained from four Kuantan’s Orang Asli mothers and fathers as key informants through indepth
interviews, protocols and observations. The interview data were analyzed, categorized and triangulated to
determine the validity and reliability of the results. The main finding revealed that, quite contrary to common
presumptions, Orang Asli parents did have aspirations and some educational goals for their children, were involved
in the children’s school activities, and had taken actions to ensure that their children succeed in school. This serves
to amplify the relevance and importance of guiding the parents to establish clearer and more concrete educational
goals for their children to help, among other things, reduce the students’ school absenteeism and dropouts.

Keywords: education, goals, parents expectation, parents involvement, Orang Asli parents, Orang Asli students


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.