Variasi Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS)

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Mohd. Sanit, Zaharani Ahmad, Harishon Mohd. Radzi

Abstract


Kajian ini meneliti variasi leksikal  kata ganti nama (KGN) diri pertama ‘saya’, kedua ‘kamu’ dan ketiga ‘mereka’ dalam dialek Melayu di pesisir Sungai Perak. Kajian geo-dialek ini telah menggabungkan penelitian kebahasaan iaitu dialek dengan maklumat bukan bahasa iaitu   bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Sejumlah 200 orang responden daripada 20 buah kampung telah dipilih. Mereka adalah 100 warga tua dan 100 dewasa. Mereka ditemubual dan seterusnya diminta mengisi soal selidik yang berkaitan. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan teknologi daripada bidang kajian geografi iaitu Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek yang dituturkan di pesisir Sungai Perak. Selain itu, perbandingan dan pemetaan bagi setiap varian leksikal KGN di pesisir Sungai Perak tersebut telah berjaya dikemukakan dengan bantuan teknologi GIS. Seterusnya, penerapan aplikasi GIS ini telah berjaya menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek di pesisir Sungai Perak tersebut. Ternyata, perisian GIS ini telah berjaya membantu pengkaji dalam mengemukakan paparan peta setiap variasi dan varian tertinggi leksikal KGN dialek di pesisir Sungai Perak. Dapatan kajian telah dapat membuktikan bahawa Perak Tengah adalah kawasan asli dialek Perak dengan memberikan sempadan geografi yang tepat berbanding kajian terdahulu. Buktinya, beberapa kampung di Perak Tengah menggunakan varian Kuala Kangsar kerana faktor topografi dan migrasi. Pada masa yang sama, wujudnya tiga varian untuk mereka, iaitu /dem«/  untuk Kuala Kangsar, /demE/ untuk Perak Tengah dan /depa/ untuk dialek Kedah. Diandaikan sukukata /de/ menjadi asas sukukata bagi tiga varian ganti nama yang tersebut. Sesungguhnya GIS mampu memberikan huraian penyebaran dialek Melayu pesisir Sungai Perak dengan lebih sistematik dan meyakinkan. Faktor muka bumi berserta faktor persempadanan, migrasi dan sejarah sememangnya memainkan peranan penting dalam penyebaran sesuatu dialek itu.


Keywords


dialek; GIS; variasi leksikal; dialek geografi; kata ganti nama

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. (1977). Sejarah Perak: Siri Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Ajib Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, J. K. & P. Trudgill. (1980). Dialectology. Cambridge: Cambridge University Press.

Collins, J.T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harun Mat Piah. (1983). Dialek Negeri Perak. Bengkel Kepemimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Perak, 20-23 Oktober 1983: Ipoh.

Ishak Saat. (2012). Politik dan Masyarakat Melayu Perak. Batu Pahat: Penerbit UTHM.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A.H. (2010). Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai. Jurnal Melayu. 5, 315-332.

Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A.H & Rahim Aman. (2013). Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 211-222.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Budaya Penyelidikan dan Penerbitan Bertamadun: Satu Sinergi. GEMA Online® Journal of Language Studies. 6(2), 49-64.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 8(2), 310-330

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustaffa Omar & Mokhtar Jaafar. (2013). Lexical variation and distribution in Perak Malay: A GIS Approach. Dlm Seminar on Southeast Asian Linguistics

(SEALS), 29-31 Mei 2013: Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Onishi, T. (2010). Analyzing Dialectological Distributions of Japanese. Dialectologia, Special Issue, 123-135.

Rahim Aman, Norfazila Ab. Hamid & Shahidi Abdul Hamid. (2015). Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Melanau Purba. GEMA Online® Journal of Language Studies. 15(1), 189-206.

Raja Mukhtaruddin. (1986). Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak.

Rohani Yusof. (1986). Dialek Geografi Kuala Kangsar: Suatu Kajian Perbandingan. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan Dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shawn H. & James J. H.. (2010). Geolinguistics: The Incorporation of Geographic Information Systems and Science. Gamma Theta Upsilon in

The Geographical Bulletin. 51(1), 23-36.

Tajul Aripin Kassin & Tarmiji Masron. (2014). Persamaan dan Perbezaan Fonologi Dialek Melayu Pattani Gerik, Lenggong dan Batu Kurau dlm Pendekatan kontrastif dan Komparatif Bahasa-bahasa di Malaysia: Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Teerarojanarat, S dan Tingsabadh, K. (2011a). A GIS-Based Approach for Dialect Boundary Studies. Jurnal Dialectologia of Universitat de Barcelona. 6, 55-75.

Teerarojanarat, S dan Tingsabadh, K. (2011b0. Using GIS for linguistic study: A Case of dialect change in The Notheastern Region of Thailand. Procedia Social and Behavioral Sciences. 21, 362-371.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021