Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling

Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A. H., Rahim Aman

Abstract


Inovasi dan retensi adalah dua konsep penting dalam linguistik perbandingan sejarawi. Inovasi merujuk kepada perubahan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa; manakala, retensi pula adalah pengekalan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa. Bertolak daripada kedua-dua konsep tersebut, makalah ini membincangkan ciri inovasi dan retensi yang wujud dalam dialek Hulu Tembeling (DHT). Secara khususnya makalah ini hanya membicangkan satu ciri inovasi dan retensi dalam DHT iaitu perubahan segmen bunyi yang terjadi pada konsonan nasal akhir dan pengekalan vokal tinggi pada posisi suku kata praakhir. Harus dinyatakan bahawa penentuan sama ada sesuatu ciri itu dapat dikategorikan sebagai inovasi atau retensi adalah melalui pendekatan perbandingan yang lazim dalam linguistik perbandingan sejarawi. Sehubungan itu, data-data dialek Hulu Tembeling akan dibandingkan dengan bahasa Malayik Purba (MP) yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992). Pewajaran perbandingan sebegini adalah kerapatan hubungan bahasa purba tersebut dengan DHT. Pendekatan perbandingan yang dijadikan alat analisis didasarkan pada hipotesis kajian ini iaitu segmen bunyi yang menunjukkan perbezaan dengan MP dikategorikan sebagai inovasi; sebaliknya, segmen yang direfleks secara linear dikategorikan sebagai retensi. Ciri inovasi dan retensi ini selanjutnya dihubungkan dengan beberapa faktor yang relevan untuk dikaitkan sebagai penyebab kewujudannya iaitu pengelompokan dialek Hulu Tembeling, ketidakstabilan dialek tersebut ekoran perubahan ciri linguistik yang sedang berlangsung dan kewujudan rantai dialek di Lembangan Sungai Pahang.


Keywords


Hulu Tembeling; inovasi; retensi; diftong; monoftong

Full Text:

PDF

References


Adelaar, K. A. (1992). Proto-Malayic: The Reconstruction of Phonology and Parts of its Morphology and Lexicon. Pacific Linguistic C-119. Canbera: Australian University Press.

Asmah Hj. Omar. (1992). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blust, R. (1997). Nasasl and Nasalization in Borneo. Oceanic Linguistics. Vol. 30(1), 149-179.

Chambers, J. & Trudgill, P. (1990). Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1983a). Dialek Pahang: Rangka Pengenalan. Jurnal Dewan Bahasa. Vol. 27, 7-118.

Collins, J. T. (1983b). Dialek Ulu Terengganu. Monograf 8, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J. T. (1985). Dialek Melayu Pulau Tioman dan Rekonstruksi Bahasa Melayu Purba. Jurnal Dewan Bahasa Vol. 5, 369-383.

Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1998). Bahasa Melayu Hulu Tembeling: Menjejaki Sejarah Semenanjung. Jurnal Dewan Bahasa. Vol. 2, 145-157.

Collins, J. T. (1999). Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hock, H. Henrich. (1986). Principle of Historical Linguistics. Berlin: Mouton de Gruyter.

Ismail Hussein. (1973). Malay Dialect in the Malay Peninsula. Jurnal Nusantara. Vol. 3, 69-79.

Mohd Tarmizi, Rahim Aman & Shahidi A. H. (2011). Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Aliran Sungai. Dlm. Jurnal Melayu. Vol. 5, 315-332.

Mohd Tarmizi Hasrah. (2012). Rekonstruksi dan Klasifikasi Dialek Hulu Pahang Purba. Tesis sarjana falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM.

Nik Safiah Karim & Ton Ibrahim. (1977). Laporan Penyelidikan di Hulu Tembeling. Jabatan Pengajian Melayu, Universit Malaya.

Norshahila Mohamad Razak. (2012). Analisis Konsonan Nasal Akhir Kata Dalam Dialek Hulu Tembeling: Satu Pendekatan Sosiofonetik. Tesis sarjana, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahidi A.H, Rahim Aman & Zulkifley Hamid. (2012). Kajian Akustik Realisasi Kontras Penyuaraan Bunyi Plosif BahasaMelayu. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 745-760.

Siti Hajar . (2012). Rekonstruksi dan Pengelompokan Dialek Hulu Tembeling Purba. Tesis sarjana, Pusat Pengajian Bahasa, Kesuasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Trudgill, P. (2010). Investigations in Sociohistorical Linguistics: Stories of Colonisation and Contact. Cambridge: Cambridge University Press.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaludin & Shariffulizan Malek. (2011). Fonologi Rangkap Vokal dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 11(3), 5-30.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021