Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing: Satu Tinjauan Awal.

Ashinida Aladdin, Afendi Hamat, Mohd. Shabri Yusof

Abstract


Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kajian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan ini, adalah satu kajian awal yang respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agama berasrama penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Kajian dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data, borang soal-selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnya data ini dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK. Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian.

Full Text:

PDF

References


Adi Afzal Ahmad. 1996. On tour : the multimedia courseware for students of KBSM English.Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Afendi Hamat. 1 995. A computer-assisted language learning for English proficiency courses at UKM. Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad, K., Corbett, G., Rogers, M. & Sussex, R. 1985. Computers, language learning and language teaching : Cambridge University Press.

Fox, G. 1998. The Internet: making it work in the ESL classroom.The Internet TESL Journal, 4/9.

Hannafin R. D. & Freeman, D. J. 1995. An exploratory study of teachers’ view of knowledge acquisition. Educational Technology. 35 (1): 49-56.

Hazeline Mahmood. 1998. A multimedia CALL programme : D.R.E.A.M. Unpublished Undergraduate Thesis. (B. Ed. TESL Program) , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail, I. 1996. The effectiveness of using CoMIL in teaching a unit of form four KBSM syllabus to form four students in a rural area. Unpublished Undergraduate Tesis , Universiti Kebangsaan Malaysia.

M. Noor Azman Othman. 2000. The effects of Quickster, a computer reading software, on the students’ reading speed, reading time, and reading comprehension. Unpublished Graduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hanim Hamdan. 1994. The application of CALL in learning vocabulary especially in contextual clues among form one ESL students. Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norizan Abd Razak dan Sallehudin Rashid. 1996. Classroom beyond 2000: problems and issues in implementing CALL in Malaysian secondary schools . Paper presented at RELC Seminar 1996: Language Classrooms of Tomorrow: Issues and Responses, Singapore, 22-24 April 1996.

Nurfariza Sulaiman. 1998. An investigation of computer literacy courses for B. Ed. TESL program in selected universities : suggestions for implementation. Unpublished Undergraduate Thesis , Universiti Kebangsaan Malaysia

Oxford, R. 1990. Language learning strategies: what every teacher should know. Rowley : Newbury House.

Rohaya. 1991. CALL: the teaching of English at lower secondary schools. Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Said Draman. 2001. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer : persepsi guru-guru bahasa Arab di Daerah Hulu Langat. Unpublished Graduate Thesis, Universiti Kebangsan Malaysia.

Supyan Hussin. 1994. The effectiveness of computer-assisted language learning in ESL classrooms at Universiti Kebangsaan Malaysia. Unpublished Doctoral Dissertation, University of Illinois, Urbana Champaign.

Ta’imah, R.M. 1990. Al-Muhtawa al-thaqafiyy fi barnamij ta’lim al-‘arabiyyah ka lughat thaniyah fi al-mujtama’at al-islamiyyah, itar muqtarah. Kertas Kerja, Nadwat Tatwir Ta’lim al-Lughat al-‘Arabiyyah fi Maliziyya. Universiti Islam Antarabangsa.

Underwood, J. 1984. Linguistics, computers and the language teachers : a communicative approach. Rowley, MA: Newbury House.

Wan Zumusni Wan Mustapha. 1999. A study of teachers’ and students’ perception on CALL in Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Bangi. Unpublished Masters Practicum Paper , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warschauer, M. 1996. Computer assisted language learning : an introduction. In S. Fotos (Ed.), Multimedia Language Teaching :. 3-20. Tokyo : Logos International.

Warschauer, M. 1997. The Internet for English Teaching: guidelines for teachers’. TESL Reporter, 30/1: 27-33.

Zoraini Wati Abas. 1992. Penggunaan teknologi maklumat (komputer) dalam pendidikan Islam : keperluan dan masalah. Kertas kerja Seminar Pendidikan, Pendidikan Islam Era 2020 Tasawwur Dan Strategi. Maktab Perguruan Islam, Bangi, 9-10 Oktober

Zubaidah Zakaria. 1996. A-Cess : a self-access courseware for form three students. Unpublished Undergraduate Thesis , Universiti Kebangsaan Malaysia

Zuwati Hasim. 1998. Computer assisted language learning (CALL) : the use of basic language explorer as an educational aid in the teaching of English grammar and reading for VG1013 . Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021