Persekitaran Kanak-kanak dalam Novel Beruk (Children Environmental in Beruk)

Rohayati binti Junaidi, Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali, Madiawati binti Mamat @ Mustaffa

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran dalam novel Beruk (2010) karya Azizi Abdullah yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Masalah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan sering terpampang di dada akhbar. Novel kanak-kanak merupakan salah satu medium dalam melihat persekitaran yang membantu perkembangan psikologi kanak-kanak. Justeru, persekitaran yang sihat dapat membentuk kanak-kanak yang seimbang dalam perkembangan rohani dan jasmani. Oleh itu, aspek persekitaran perlu dititikberatkan dalam novel kanak-kanak supaya memberi panduan bukan sahaja kepada penulis novel tetapi juga masyarakat. Dalam konteks karya sastera, persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dimanifestasikan melalui individu yang melingkungi kehidupan kanak-kanak. Analisis ini memperlihatkan persekitaran yang melingkungi watak utama dalam novel kajian. Kajian ini mengaplikasikan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu sistem mikrosistem bagi menganalisis teks. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dapat melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Situasi ini sekali gus memanifestasikan kepentingan persekitaran yang sihat dalam kehidupan kanak-kanak. Ibu bapa, rakan, guru dan jiran merupakan persekitaran penting dalam mempengaruhi watak kanak-kanak. Kesimpulannya, persekitaran dalam novel kanak-kanak dengan menggunakan mikrosistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner (1979) dapat menjelaskan pengaruh persekitaran terhadap kanak-kanak dalam novel Beruk.

 

ABSTRACT

This study aims to examine the environment in the Beruk novel (2010) by Azizi Haji Abdullah that encompasses children's lives in influencing the behavior of children. Problems involving children are increasingly prevalent and often populated in the newspaper. Children's novels are one of the mediums in looking at the environment that helps the psychological development of children. Hence, a healthy environment can shape a balanced child in both the spiritual and physical development. Therefore, environmental aspects should be emphasized in children's novels to provide guidance not only to novel writers but also to the society. In the context of literary works, the environments surrounding childhood are manifested through individuals who surround children's lives. This analysis will show an environment surrounding the main character in the novel. This study applied one of the principles in Bronfenbrenner ecological theory (1979); a microsystem of analyzing texts. The method used in this study is library method and text analysis. The findings show that the environment surrounding children's lives affects the behavior of children. A healthy environment can produce balanced children in spiritual and physical aspects. This situation also manifests the importance of a healthy environment in the lives of children. Parents, friends, teachers and neighbors are important environment in influencing a child’s character. In conclusion, the environment in the children’s novel using the microsystems in ecological theory Bronfenbrenner (1979) can explain the influence of the environment on children in the novel Beruk.

 


Keywords


Novel Beruk; Azizi Haji Abdullah; Ecology Theory Bronfenbrenner; children’s literature; children’s environment (Novel Beruk; Azizi Haji Abdullah; Teori Ekologi Bronfenbrenner; sastera kanak-kanak; persekitaran kanak-kanak)

Full Text:

PDF

References


Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Abd. Razak Zakaria. (2011). Hubungan Konteks Keluarga dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak di Sekolah Menengah. Tesis Ph. D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Azizi Abdullah. (2010). Beruk. Kuala Lumpur: Al-ameen Serve Holdings.

Bronfenbrenner, U. (1977). Toward an Experimental Ecology of Human Development. Cornell University: New York

Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Denis, C. M. (2012). Attention Deficit Hyperactivity Disorder and Bronfenbrenner’s Ecology of Human Development. Tesis Ph.D, Georgia Southern University, Statesboro, Georgia.

Dewan Sastera. (2014). Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 (Kategori Kanak-kanak dan Remaja). Diakses dari http://dwnsastera.dbp.my/?p=1507

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2016). Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarulzaman Kamaruddin. (2016). Psikologi Perkembangan Panduan untuk Guru. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 11, 117-130.

Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-kanak. Pahang: PTS Publications.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-kanak di Malaysia. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Nik Mohd Hazrul Nik Hashim, Syed Shah Alam & Norazlina Mohd Yusoff. (2014). Relationship between Teacher’s Personality, Monitoring, Learning Environment, and Students’ EFL Performance. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 14(1), 101-116.

Nursham Abdul Aziz. (2015). Novel-Novel Azizi Haji Abdullah: Kajian Intertekstualiti. Tesis Ph.D, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Peng, C. F., Mahzan Arshad, Zahari Ishak & Cheong, L. S. (2008). Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak-kanak: Isu dan Masalah. Masalah Pedidikan. Vol. 31(1), 77-89.

RSN Murali. (2017). Budak 7 Tahun Didakwa Rogol?. Diakses dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/07/27/rogol-budak-tadika/.

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2013). Kemahiran Komunikasi Interpersonal Ekspresif: Mencipta Guru Bahasa Indonesia yang Penyayang. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(1), 139-154.

Stivaros, H. (2007). An Ecological Perspective of Children’s School Experiences and Educational Outcome. Tesis Ph.D, University of Huddersfield, Huddersfield.

Witrin Gamayanti. (2010). Usaha Bunuh Diri Berdasarkan Teori Ekologi Bronfenbrenner. Latihan Ilmiah. Universitas Indonesia: Jakarta.

Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari & Rojanah Kahar. (2002). Pertanika Journal Of Social Science & Humanities: Tingkah laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar. Volume 10-11. Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia: Selangor.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukkan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition. 155-172.

Zainudin Abu Bakar. (2014). Psikologi Pendidikan Pedoman untuk Guru dan Ibu Bapa. Singapore: Partridge Publishing Singapore.

Zuria Mahmud & Salleh Amat. (1998). Guru Berkesan: Kemahiran dalam Menangani Pelajar. Kertas kerja seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 26-28 Oktober.

_____. (2015). Segala Hal Tentang Novel. Diakses dari https://pusatbahasaalazhar.wordpress.com/pesona-puisi/segala-hal-tentang-novel/.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2018-1801-07

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021