Manifestasi Kesantunan Melayu dalam Ujaran Memberi dan Meminta Nasihat

Arina Johari, Indirawati Zahid

Abstract


Meminta dan memberi nasihat merupakan tindakan linguistik yang kompleks serta memerlukan pengamatan terhadap norma-norma kesantunan budaya tertentu ketika melaksanakannya lebih-lebih lagi dalam rancangan bual bicara radio berorentasikan panggilan masuk (phone-in). Ketidakfahaman terhadap aspek ini akan mengakibatkan nasihat sering kali tidak dialu-alukan, malah boleh menimbulkan konflik antara penutur dan penerima semasa berkomunikasi. Justeru, analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa bual bicara dalam rancangan bertajuk Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang di radio IKIMfm. Analisis ini mengaplikasi dua teori, iaitu Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987) serta Prinsip Kerjasama Grice (1975), yang kemudiannya dikombinasikan untuk membentuk Model Pola Kombinasi Strategi dan Maksim (MPKSM) dan digunakan untuk menganalisis 33 dialog daripada satu konteks perbualan dengan fokus kepada struktur isi bual bicara. MPKSM membentuk empat pola kombinasi strategi, iaitu Pola A, B, C dan D dengan pola teras yang terdiri daripada P2 dan P3. Pola teras P2 mengandungi strategi Kesantunan Positif dan strategi Kesantunan Negatif manakala P3 pula mengandungi Strategi Tanpa Rekod dan kedua-duanya mempunyai padanan maksim Prinsip Kerjasama (PK) tertentu. Ujaran meminta dan memberi nasihat oleh peserta perbualan dalam struktur isi rancangan bual bicara dianalisis melalui aplikasi lima metode, iaitu muat turun bahan, analisis teks, transkripsi, pelabelan serta pengekodan dan juga melalui kaedah kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan peserta perbualan mengaplikasikan pola kombinasi strategi dan maksim dengan meminimumkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) ketika mengatur ujaran mereka untuk mencapai situasi bebas konflik dengan Pola B variasi pertama mendominasi keseluruhan ujaran. Kajian turut memperlihatkan faktor kekangan masa siaran serta kehadiran khalayak yang turut menumpang dengar (over hearer) menjadi antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi pemilihan strategi kesantunan peserta perbualan. 

 

DOI: http://doi.org/10.17576/gema-2016-1602-05


Keywords


pragmatik; strategi kesantunan; prinsip kerjasama; Tindakan Ancaman Muka (TAM); situasi bebas konflik

Full Text:

PDF

References


Abdul Ganing Laengkang. (2015). Analisis Kesantunan Bahasa dalam Ceramah Motivasi Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Serdang: Penerbit Adam Muslim.

Ala’Eddin Abdullah, A. B., Marlyna, M., Ashinida, A., & Mouad, A. (2015). Apology Strategies in Jordanian Arabic. GEMA Online® Journal of Language Studies. 15(2), 83-99.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Behnam, B. & Amizadeh, N. (2011). A Comparative STudy of the Compliments and Compliment Responses between English and Persian TV Interviews. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal

of English Language Studies. 17(1), 65-78.

Brown, P. & Levinson, S. C. (1987). Politeness Some Universals in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Chun, M.Y. (2005). Culture-specific Concept of Politeness in Offering Advice. In proceedings of the 10th Pan-Pasific Association of Applied Linguistics, Japan. PAAL Journal. 287 - 296.

Goffman, E. (1982). Interaction Ritual: Essays on Face-to-face Behavior. New York: Pantheon Books.

Goldsmith, D. J. (2004). Communicating Social Support. Cambridge, UK; New York: Cambridge University Press.

Grice, H.P. (1975). Logic and Conversation. In Cole et al. (Eds.). Syntax and Semantics 3: Speech Act (pp. 41-58). Elsevier.

Hinkel, T. (1997). Appropriateness of Advice: DCT and Multiple Choice Data. Applied Linguistics. 18(10), 1-26.

Hutchby, Ian (2006) Media Talk: Conversation Analysis and the Study of Broadcasting. Glasgow: Open University Press.

Inna Kouper. (2010). The Pragmatic of Peer Advice in a Live Journal Community. Language@internet,. 7, article 1, Muat turun Apr 23, 2015 dari www.languageatinternet.org/articles/2010/2464/Kouper.pdf

Kwon, J. (2004). Expressing refusals in Korean and American. Multilingual. 23(4), 339‐364.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London and New York: Longman.

Marlyna Maros. (2011). Strategi kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran. Jurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu. 3, 7-20.

Merriam-Webster Online Dictionary. (2015). Muat turun May 26, 2015 dari http://www.merriam-webster.com/dictionary/advice

Noriati Abd. Rashid. (2013). Kesantunan orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Park, M.Y. (2012). Teachers’ Use of the Intimate Speech Style in the Korean Language Classroom. The Korean Language in Amerika. 17, 55-83.

Richards, J. C & Schmidt, R.W. (2002). Dictionary of Language Teaching and Applied Linguistics. 3rd Edition. London: Longman Group.

Rohaidah, M., Ahmad, M. M., Adi Yasran, A. A., & Hasnah, M. (2014). Faktor Kesopanan dan Strategi Komunikasi dalam Genre Perbincangan di Televisyen. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 163-178.

Siti Hajar C. M., Munir, S., Razif, M., & Kaur, S. (2012). Kesedaran dan Amalan Kesopanan dalam Kalangan Remaja Malaysia: Menilai Sumbangan Teori Kesopanan Brown Levinson. Akademika. 82(2), 81-85.

Siti Nurbaya, M. N. & Azirah, H. (2011). Disagreement Strategies of Malaysian Speakers of English Discourse. 12th Asia Pacific Research Universities (APRU) Doctoral Students Conference Proceedings, Muat turun Jan 24, 2015 dari https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00004616_71747.pdf

Suko Winarsih. (2009). The Corporative and Politeness Principles in Radio Broadcasting Conversations. Bahasa dan Seni. 37(1), 1-21.

Tanaka, L. (2008). Formality or Rapport: Speech Style Shifts in Japanese Televisyen and Radio. The International Journal of Language Society and Culture. 26, 127-138.

Tanaka, L. (2015). Advice in Japanese Radio Phone-in Counseling. Pragmatics. 25(2), 251-285.

Tenas, E. (2011). Kesantunan dan Semangat Melayu. Pekanbaru: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Zaitul Azma, Z.H, Ahmad Fuad, M.H, & Mohd Nur Hafizudin, M.A. (2011). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal

Dewan Bahasa. 11(2), 321-338.

Zulkifly Muda. (2009). Apa kata Islam Mengenai Hubungan Sosial. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021