Analisis Bahasa Komunikasi Bangsa Minoriti Negrito Menerusi Pengimbuhan Dan Peminjaman Kata

Harishon Radzi, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad

Abstract


Kumpulan Orang Asli terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah dari kelompok Negrito. Kumpulan minoriti ini dianggap aborigines yang lebih membawa makna  masyarakat mundur, primitif  dan tidak membangun. Namun begitu, orang asli Negrito tetap menggunakan bahasa Mendriq sebagai wahana berkomunikasi. Fenomena berbahasa dalam kalangan bangsa Negrito telah berevolusi dengan bahasa Melayu menerusi peminjaman kata kerana bangsa ini tidak lagi hidup dalam kelompok kecil mereka  sahaja, tetapi turut berkomunikasi dengan masyarakat luar khususnya masyarakat Melayu. Secara tidak langsung kelompok Negrito yang berbentuk minoriti memerlukan banyak perkataan bahasa Melayu untuk kelangsungan  berkomunikasi dan melestarikan kehidupan  bersosial mereka. Makalah ini membicarakan peminjaman kata bahasa Melayu ke dalam bahasa Mendriq sebagai satu  fenomena untuk melestarikan kesejahteraan  hidup kelompok bangsa yang berstatus minoriti. Kajian dilakukan terhadap  bahasa Mendriq yang dipertuturkan oleh kumpulan orang asli Negrito di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan.  Fokus makalah ini secara deskriptif meneliti bentuk-bentuk kata pinjaman yang wujud dalam bahasa Mendriq kerana keperluan kehidupan seperti pinjaman penuh dan peminjaman kata imbuhan pinjaman dengan kata asli bahasa Mendriq serta pengimbuhan kata imbuhan pinjaman dengan kata pinjaman. Jelaslah bahawa bahasa bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk tujuan interaksi sesama makhluk. Namun, bahasa seperti bahasa Mendriq ini juga memainkan peranan yang amat besar menjadi lambang identiti  orang asli Negrito dan sekaligus untuk membezakan satu kaum dengan kaum yang lain walaupun statusnya bersifat minoriti sahaja.


Keywords


minoriti; peminjaman kata; imbuhan; identiti; Negrito

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Baker, L.L. (1984). Communication: Edisi ketiga. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Carey, I. (1976). Orang Asli: The aborigional tribes of Peninsula Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Chamber, J. K & Truggill P. 1999. Dialektologi. Terj. Annuar Ayub. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins J, T. (1985). Dialek Melayu di kampung Landai Pahang: Menuju penelitian tatabahasa Melayu di kalangan orang Asli. Jurnal Dewan Bahasa, 29, 476-493.

Fauziah Mat. (1993). Dialek Jahai: Satu Kajian Fonologi. Latihan Ilmiah.UKM.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009). Struktur sintaksis frasa nama Bahasa Bateq. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 9(1), 47-61.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Nurulafiqah Suhaimi. (2012). Kata soal dalam dialek Kedah. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12(2), 475 - 493.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad & Harishon Radzi. (2009). Prosiding Bengkel Kajian Linguistik Bahasa Mendriq. Bangi: UKM.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, & Harishon Radzi. (2010). Sintaksis kata soal argumen bahasa Mendriq: Kerangka minimalis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Bahasa, 10 (2), 269-286.

Harishon Radzi. (2006). Pembentukan kata Bahasa Melayu: Yang standard dan yang kreatif. Kuala Lumpur: Penerbit Persatuan Linguistik Malaysia. Jurnal Persatuan Linguistik, 7, 81- 94.

Hasan Mat Nor. (2001). Salib dalam Komuniti Pinggiran. Kota Kinabalu: Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. (2009). Orang Mendriq. (Atas talian) Muat turun 14 Ogos 2009, dari http://www.jheoa.gov.my

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kelly, R.L. (1977). Introduction to communication. California: Cummings Publishing Company.

JHEOA. (2002). Kehidupan, Budaya dan pantang larang orang asli. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Khairul Hisyam Kamaruddin. (2005). Merangka orang asli: Suatu penilaian tahap kemampanan komuniti Temiar di Rancangan Pengumpulan semula (RPS) Legap & Pos Kuala Mu, Daerah Strategi Pembangunan Mapan Komuniti Kuala Kangsar, Perak. Ijazah Sarjana. UTM. (http://eprints.utm.my).

Mohd Sharifudin Bin Yusop. (2007). Keusangan Bahasa Orang Melayu-Proto: Kajian Sosiolinguistik Bahasa terhadap dialek Duano dan dialek Kanaq di Johor. Ijazah Doktor Falsafah. UKM.

Nida Eugene, A. (1970). Morphology : The descriptive analysis of words. Ann Arbor: University of Michigan Press. XV1. Edisi baru 342 halaman.

Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir. (2009). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim. (1968). Penyelidikan bahasa-bahasa orang asli di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa, 12, 404-415.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oxford Dictionary. (1995). Melbourne: Oxford University Press.

Ramlee bin Abdullah. (1988). Komuniti orang Asli Semaq Beri. Ijazah Sarjana Falsafah. Bangi: UKM.

Ramli Md. Salleh. (2007). Morfologi. Dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman (pnyt.), Linguistik Melayu (hlm. 61-68). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samarin, W.J. (1993). Linguistik lapangan: Panduan kerja lapangan linguistik. Terj. Kamarulzaman Mahayiddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani & Shakira. (2010). Imbuhan kompleks kata nama ke-…-an bahasa Melayu: Analisis data korpus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Bahasa, 10 (2), 199-222.

Zulkifly Hj. Mustapha. (1986). Pembangunan ekonomi orang asli: Satu pemerhatian terhadap senario pembangunan komuniti Jah Het di Kuala Krau, Pahang. Kertas Kerja untuk Simposium ke dua kehidupan dan pembangunan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Bangi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021