Pengaruh Hak dan Undang-Undang Adat Terhadap Toleransi dan Hubungan Harmoni Antara Etnik di Sabah

Rosazman Hussin, Johan Johnes, Jeannet Stephen

Abstract


Hak dan undang-undang adat merupakan salah satu inti pati penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat khususnya dalam kalangan penduduk pelbagai etnik di sesebuah wilayah atau negara. Kajian ini memberi fokus kepada pemahaman mendalam berdasarkan konseptual dan sorotan literatur berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu merujuk dan menganalisis sumber-sumber data primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Makalah ini merungkai konsep-konsep penting dalam konteks hak dan undang-undang adat yang terdapat di Sabah iaitu institusi kehakiman Mahkamah Anak Negeri, konsep Anak Negeri dan konsep Sogit. Dari segi hubungan harmoni antara etnik di Sabah, didapati bahawa melalui kepelbagaian budaya, bangsa dan agama, ahli masyarakat masih boleh bertoleransi dan menghormati adat antara satu sama lain. Malah dalam banyak situasi, adat menjadi penghubung atau tolak ansur dalam menyelesaikan konflik antara masyarakat. Dari segi keharmonian pula, adat sogit memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Konsep sogit secara bersifat holistik dan mempunyai sistem menyelesaikan konflik dalam masyarakat yang tersendiri menjadi asas kepada keharmonian antara etnik di negeri ini. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat orang asal terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah ini perlu bagi melihat sejauh mana kerelevenannya dalam konteks hubungan harmoni masyarakat majmuk di Sabah dan Malaysia.

Kata kunci: Pengaruh, hak dan undang-undang adat, toleransi, hubungan harmoni, etnik di Sabah.

Abstract

Customary rights and laws are one of the essentials in maintaining peace and well-being of society, especially among the multi-ethnic population in a region or country. This study focuses on an in-depth understanding based on conceptual and literature highlights on the influence of customary rights and laws on tolerance and harmonious inter-ethnic relations in Sabah. This study uses a qualitative approach as a research methodology that is to refer and analyze primary and secondary data sources in producing research findings. In this paper, the researcher dissects the important concepts in the context of customary rights and law found in Sabah, namely the judicial institution of the Native Court, the Native concept and the Sogit concept. In terms of harmonious inter-ethnic relations in Sabah, it was found that through cultural, racial and religious diversity, community members can still tolerate and respect each other's customs. Even in many situations, custom becomes a liaison or compromise in resolving conflicts between communities. In terms of harmony, Sogit customs play an important role in maintaining peace and well-being of society. The concept of Sogit is holistic in nature and has a system of resolving conflicts in its own society is the basis for inter-ethnic harmony in the state. Therefore, a more comprehensive study of the influence of indigenous peoples' rights and customary laws on tolerance and harmonious inter-ethnic relations in Sabah is necessary to see the extent of its relevance in the context of harmonious relations of the plural society in Sabah and Malaysia.

Keywords: Influence, Customary Rights and Laws, Tolerance, Harmonious Relations, Ethnicity in Sabah

Rujukan

Adlina. Ab. Halim, N. Othman, S. R. Ismail, J. A. Jawan, and N. N. Ibrahim. (2012). Indigenous knowledge
and biodiversity conservation in Sabah, Malaysia. International Journal of Social Science and
Humanity, 2(2), 159-163.

Azlizan & Salbiya. (2020). Pentadbiran British di Sabah: Kesejahteraan anak negeri melalui penubuhan
Mahkamah Anak Negeri 1884-1965. Geografia, 16(1).

Budi Anto & Saidatul Nornis. (2020). Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 95-104.

Budi Anto Mohd Tamring. (2008). Pengaruh Agama dalam Interaksi dan Tolerasni Etnik: Kajian Kes
terhadap pelajar Bumiputera Bajau dan Kadazan di Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu.
Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana.

Budi Anto Mohd Tamring. (2018). Mikorot Dalam Konteks Kebudayaan Etnik Dusun Di Sabah:Analisis Dari
Perspektif Hubungan Etnik. MANU, 27, 93-120

Chen. (2009). Harmony in Lopez (2009). The encyclopedia of positive psychology. London: Blackwell
Publishing. pp.464-467.

Chua B. S., Jasmine Adela Mutang & Lailawati Madlan. (2016). Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah
terhadap Etnik Diri dan Etnik Lain. Jurnal MANU, 24, 111-145

Ferrar, J. W. (1976). The dimensions of tolerance. Pacific Sociological Review, 19(1), 63-81.

Herman J. Luping (2009). “Indigenous Ethnic Cummunities of Sabah, The Kadazan Dusun”. Kuala Lumpur:
Kementerian Maklumat, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia.

Hussin, R., Johnes, J., Mapjabil, J., & Stephen, J. (2021). Struktural Ekosistem dan Tadbir Urus Mahkamah
Anak Negeri di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 281-292.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2022). Adat Resam dan Budaya Kaum Kadazandusun: Adat
Sogit. Diakses dari https://pemtaanbudaya.my/culture/dis/419 pada 28 Januari 2022.

Kntayya Mariappan (2007). Tahap Toleransi Etnik Di Sabah: Analisis Awal dalam Sabihah Osman. Toleransi
Etnik dan Perpaduan Sosial di Negeri Sabah. Laporan Penyelidikan IRPA. Tidak Diterbitkan

Low Kok On (2005). “Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun”. Bangi: Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nevashiny & Rosazman. (2021). Perkahwinan komuniti sino-kadazan di Kota Kinabalu, Sabah: memahami
cabaran identiti, pelbagai adat dan hubungan harmoni dalam keluarga: sino-kadazan. Journal of
Borneo Social Transformation Studies, 7(1), 86-100.

Pg Ismail Pg Musa, Siti Zubaidah Ismail & Narizan Abdur Rahman. (2018). Amalan Sogit ke Atas Anak
Negeri Sabah Beragama Islam di Mahkamah Anak Negeri: Kajian dari Perspektif Hukum. Jurnal
Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19, 1.

Rosazman Hussin, Johan Johnes, Jabil Mapjabil, Jeannet Stephen, Jurry Foo @ Jurry Bt. F. Michael, Zaini
Othman & Baszley Bee Basrah Bee. (2021). Native Court in Kudat and Matunggong, Sabah:
Challenges to its Governance and Structural Ecosystem. International Journal of Law, Government
and Communication, 6(25), 94-113.

Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Sabihah Osman. 2007. Toleransi etnik dan perpaduan sosial di negeri Sabah. Laporan akhir penyelidikan
IRPA. Tidak diterbitkan.

Shamsul Amri (2012). Modul Hubungan Etnik, Bangi: Insitut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Darmia. (2020). Pengaruh Budaya dalam Keharmonian Etnik di Sabah. Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020). Diakses dari
http://conference.kuis.edu.my/pasak5/images/eprosidingpasak2020/007_ID014
_Pengaruh_Budaya_Dalam_Keharmonian_Etnik_Di_Sabah.pdf pada 28 Januari 2022.

Sharifah Zaleha. (1995). Mahkamah Anak Negeri dan pelanjutan undangundang Adat di Sabah: Satu
interprestasi sosiobudaya. Dlm. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, & Abd. Rahman Al-Ahmadi
(pnyt.), Tamadun Melayu (hlm: 1532-1558). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tsai, Grace Ying-fang. 2015. "Inheritance Dispute Resolution in Paiwan Tribes." National Taiwan University
Law Review 10:289-334.

Upton, J. C. (2020). Culture on Trial: Law, Custom, and Justice in a Taiwan Indigenous Court (Doctoral
dissertation, Indiana University)

Wekke, I. S. (2014). Islam dan adat dalam pernikahan masyarakat bugis di Papua Barat. THAQAFIYYAT:
Jurnal Bahasa, Peradaban dan Informasi Islam, 13(2).

Weldon, S. (2003). Images of nationhood and tolerance of ethnic minorities: A comparative analysis of
Western Europe. Centre For The Study of Democracy. Diakses dari
http://repositories.cdlib.org/csd/03-09 pada 28 Januari 2022.

Yusri Bin Pungut. (1998). Undang-undang Adat dan Perkembangan Bidangkuasa Mahkamah Anak Negeri
Sabah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia