PERKEMBANGAN DAN PRESTASI MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC) DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA

Junaidi Awang Besar

Abstract


MIC (Malaysian Indian Congres) dikatakan semakin terhakis dan tidak relevan sebagai parti yang menjadi jurucakap utama untuk masyarakat India kepada Kerajaan. Kekalahan besar MIC dalam PRU-12 bukan sahaja berpunca dari gerakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) semata-mata, sebaliknya faktor kegagalan kepemimpinan MIC yang tidak peka terhadap permasalahan kaum India menjadi penyebab mereka secara bersatu hati tidak lagi menyokong calon-calon MIC/BN dalam PRU 2008. MIC terus ditolak dalam PRU-14 dengan hanya menang dua kerusi Parlimen. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis perkembangan dan prestasi MIC dalam geopolitik Malaysia. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018 dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa MIC tetap berperanan relevan dalam mewujudkan kestabilan politik dan kesejahteraan di negara ini. MIC telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara dengan peranannya sebagai penggerak kepada kemajuan masyarakat India di negara ini. Dengan komitmen yang tinggi serta semangat kerjasama yang ikhlas, MIC telah bersama-sama memupuk semangat harmonis dalam kalangan rakyat. Dengan kepimpinan yang berwibawa dan dinamik, MIC telah menyumbang kepada BN dalam mengurus pembangunan negara ke tahap pembangunan ekonomi yang membanggakan. Namun demikian, perubahan politik yang wujud dalam kalangan masyarakat India menyebabkan MIC tidak atau kurang menjadi pilihan utama untuk masyarakat India. Justeru, Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India seterusnya mengembalikan semula sokongan kepada MIC/BN dalam PRU akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia