KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI

Rosniza Aznie Che Rose, Muhammad Hazwan Helmi Shamsol

Abstract


Keterancaman daya tampung fizikal merupakan satu ancaman yang mampu membawa sesebuah destinasi pelancongan dalam fasa bergenang dan kemerosotan seperti yang pernah dibincangkan dalam Teori Jangka Hayat Pelancongan. Bahkan ia akan memberi kesan besar terhadap tahap kepuasan pengunjung dan keinginan untuk mengadakan lawatan ulangan. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, menghuraikan kesan daripada keterancaman tersebut, dan seterusnya menjelaskan langkah bagi menangani masalah yang wujud rentetan kejadian tersebut. Metod kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif melalui instrumen borang soal selidik terhadap 150 orang pengunjung secara rawak. Hasil kajian mendapati masalah keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di Tanjung Balau, Kota Tinggi adalah amat serius. Pengunjung memberikan pendapat negatif terhadap indikator kajian iaitu fasiliti awam yang memerlukan pelbagai usaha penyelenggaraan. Hal ini berikutan, tiada penyelenggaraan yang baik boleh mengancam keselamatan pengguna. Manakala isu serius ialah pendidikan kebersihan dalam kalangan pengunjung yang membuang sampah merata-rata dan menyebabkan pencemaran berlaku di kawasan sekitar. Sebaliknya dalam fasiliti berbayar seperti tandas awam, tahap kebersihan adalah amat tidak memuaskan dan wajar diberi perhatian dalam proses pemulihan. Keseluruhan kajian dijangkakan akan dapat memberi gambaran sebenar dan cadangan Langkah pengurusan bukan perundangan bagi meningkatkan mutu dan kualiti fasiliti awam di sekitar Kawasan Tanjung Balau.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia