MASALAH JEREBU DAN PERSEPSI MASYARAKAT DI SELANGOR TERHADAP IMPAK KESIHATAN

Noor Azwanie Ridzwan, Mastura Mahmud

Abstract


Fenomena jerebu rentas sempadan yang berlaku di Malaysia lazimnya yang berpunca daripada kebakaran hutan tak terkawal di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia. Peristiwa jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negeri Selangor dikaji di samping mendapatkan persepsi penduduk berkenaan jerebu dan impak serta risiko keterdedahan kepada kesihatan mereka dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantititif dan kualitatif. Kualiti udara di empat stesen cerapan di Selangor selama 10 tahun dari 2008 ke 2017 dianalisis melalui statistik deskriptif bagi menilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10) di Selangor. IPU melebihi nilai 300 sewaktu tiga kejadian jerebu rentas sempadan dari 2013, 2014 dan 2015, manakala nilai PM10 tertinggi adalah 595 g/m3 pada tahun 2013, 466 g/m3 (2014) dan 426 g/m3 pada 2015. Penduduk di Selangor telah terdedah kepada tahap kualiti udara merbahaya selama beberapa hari dalam ketiga tahun tersebut. Majoriti masyarakat dalam kumpulan pendapatan B40 berpandangan bahawa mereka berisiko dan terdedah kepada gejala kesihatan seperti penyakit peparu, sakit jantung, penyakit kulit, darah tinggi dan batuk kering sewaktu jerebu berdasarkan pengalaman mereka menempuhi kejadian jerebu. Secara umumnya, jerebu rentas sempadan kerap berlaku di Selangor dalam tempoh 10 tahun dan pengetahuan penduduk terhadap isu kesihatan berkaitan masih lagi boleh ditingkatkan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan penduduk di semua negara di rantau.Asia Tenggara.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.