PENGARUH KEPIMPINAN POLITIK KEPARTIAN BERASASKAN ETNIK TERHADAP POLA KEPUTUSAN PRU DUN SABAH 2020

Junaidi Awang Besar, Muhammad Yusuf Idris, Mohd Syukri Zainuddin

Abstract


Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak sedemikian kerana percaturan politik yang tidak berkesudahan di Sabah oleh parti pembangkang di negeri tersebut yang berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN Sabah dengan majoriti mudah untuk beralih sokongan kepada bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Datuk Seri Musa Aman untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baru. Walaupun bekas Ketua Menteri itu membawa kes pembubaran DUN Sabah ke mahkamah namun akhirnya PRU DUN tersebut tetap diadakan. PRU DUN ini dilihat sebagai ujian bagi melihat pengaruh WARISAN-PKR dan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan situasi penularan wabak Covic-19. Objektif utama artikel ini ialah untuk menganalisis pengaruh politik kepartian berasaskan etnik dalam PRU DUN Sabah 2020. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Sabah 2020 dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan pengundi kepada parti politik dalam PRU DUN tersebut adalah berasaskan sentimen pimpinan kepartian etnik iaitu UMNO (BN) dan BERSATU (PN) yang dipimpin Orang Melayu mendapat sokongan di kawasan majoriti pengundi etnik Melayu Sabah serta Melayu Brunei pimpinan UMNO dan BERSATU; kawasan majoriti kaum Rungus-Kadazan-Dusun-Murut oleh pimpinan etnik Kadazan-Dusun daripada STAR dan PBS manakala WARISAN-PKR memperoleh sokongan di kawasan majoriti pengundi etnik Bajau pimpinan etnik Bajau WARISAN dan etnik Cina di kawasan bandar pimpinan etnik Cina DAP dan PKR yang bersekutu dengan WARISAN. Implikasi daripada penulisan artikel ini ialah politik kepartian berasaskan etnik terus mendapat kepercayaan pengundi kerana pengundi lebih yakin dan percaya kepada pemimpin etnik sendiri untuk memperjuangkan nasib hidup mereka dalam jangka masa panjang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia