TAHAP KEPUASAN KEPENGGUNAAN MINYAK SAWIT DALAM KALANGAN PENGGUNA DOMESTIK DAN PELANCONG ANTARABANGSA

Er Ah Choy, Wafa Adila, Nur Fatin Aqilah Mohd. Fadzilah, Egna Francis Gitom, Nur Hasyaa Marzuki, Noordeyana Tambi

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kepuasan ke atas kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan pelancong antabangsa. Teknik persampelan bertujuan telah digunapakai dan temubual bersama 160 orang pengguna domestik dan 40 orang pelancong antarabangsa berdasarkan satu set soalselidik di Ranau, Sabah. Hasil kajian menunjukkan pengguna domestik menyokong produk minyak sawit tempatan berbanding pelancong antarabangsa yang lebih mengutamakan produk minyak tumbuhan lain seperti canola, minyak zaitun, minyak jagung, dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Kepuasan pengguna domestik adalah lebih memfokus kepada harga produk minyak sawit yang murah dan berpatutan. Manakala pengguna antarabangsa pula mendapati bahawa produk minyak sawit mempunyai harga yang mampu dimiliki, berkhasiat, berkualiti. Tambahan pula, faktor jenama, tidak mudah terbakar, kegunaan tradisi keluarga, dan sentiasa dalam berkeadaan baik. Namun demikian, faktor ketidaktentuan harga minyak stabil di pasaran menjadi penyebab utama bagi pengguna domestik merasa tidak puashati, berbanding dengan pengguna antarabangsa yang tidak puashati kerana kualiti minyak sawit. Dalam hal ini, langkah-langkah strategik bagi meningkatkan kepenggunaan minyak sawit wajar diperhalusi oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga minyak sawit, di samping memperbanyakkan promosi dan kempen dalam usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat, seterusnya memperbaiki kualiti produk secara berterusan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.