PERSEPSI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELIAN MINYAK SAWIT DALAM KALANGAN PENGGUNA DOMESTIK DAN ANTARABANGSA

Er Ah Choy, Nur Anisah Abd Manan, Norsuriani Md Saleh, Noorfatin Azua Ab Razak, Azhar Hj. Ahmad, Hawati Janor

Abstract


Peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dan pengenalan polisi-polisi persekitaran mempengaruhi persepsi dan kepenggunaan minyak sawit. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi pengguna terhadap minyak sawit dan sejauhmana persepsi itu mempengaruhi tingkah laku pembelian mereka. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi turut dikaji. Seramai 156 orang responden terdiri daripada tempatan (79 orang) dan antarabangsa (77 orang) ditemubual berdasarkan satu set soalselidik. Hasil dapatan kajian pula telah diproses melalui SPSS dan dianalisis melalui jadual bersilang, ujian Khi-Kuasa Dua dan korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan persepsi dalaman dan luaran mempengaruhi tingkah laku pembelian, manakala faktor kewarganegaraan dan faktor setempat seperti pengaruh sosial, ketersediaan produk, dan polisi kerajaan lebih mempengaruhi tingkahlaku pembelian produk minyak sawit. Namun demikan, faktor demografi tidak menpengaruhi sebarang faktor pemilihan produk sawit. Kesimpulannya, faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pemilihan produk sawit harus dititik beratkan untuk perlaksanaan strategi untuk menarik pembelian dan mempertingkatkan keyakinan terhadap produk sawit.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.