PENILAIAN KUALITI AIR BAWAH TANAH BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR DI PULAU KAPAS, TERENGGANU

Mohmadisa Hashim, Arijatul Wardah Ahmad, Nasir Nayan, Zahid Mat Said, Hanifah Mahat, Yazid Salleh, Koh Liew See

Abstract



Sumber air bersih sangat terhad bagi penduduk yang tinggal di kawasan pulau terutamanya sumber air tawar. Salah satu sumber air tawar utama yang diperoleh adalah daripada air bawah tanah. Tujuan kajian untuk mengkaji tahap kualiti air bawah tanah yang terdapat di Pulau Kapas, Terengganu bagi kegunaan domestik oleh penduduk dan pelancong. Pencerapan telah dilakukan mengikut perubahan angin monsun iaitu Monsun Barat Daya (Ogos), peralihan monsun (Oktober) dan Monsun Timur Laut (November) pada tahun 2018 di empat lokasi yang berbeza. Kajian kualiti air bawah tanah ini melibatkan pengukuran enam parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia nitrogen dalam menentukan indeks kualiti air bagi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berada pada Kelas I dan II. Namun, jika dinilai secara keseluruhannya, status kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas berada pada Kelas II dan III dengan status sedikit tercemar. Dengan pengkelasan yang diperoleh, air bawah tanah di Pulau Kapas ini memerlukan rawatan konvensional dan intensif kerana tidak sesuai untuk dijadikan air minumam secara terus tetapi boleh digunakan untuk tujuan lain seperti mandi dan membasuh. Implikasi kajian menunjukkan analisis kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas dapat menyedarkan penduduk tempatan dan pelancong tentang status semasa kualiti air bawah yang mereka gunakan untuk keperluan seharian.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia